Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 17 Pro_2

Xiaomi Perlihat Rekaan Xiaomi 17 Pro Max, Tampil Dengan Paparan Kedua

Diterbitkan September 17, 2025 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini berkongsi video teaser Xiaomi 17 Pro dan Xiaomi 17 Pro Max, sekali gus memperlihatkan secara rasmi telefon pintar pertama di dunia yang akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Dijadualkan pelancaran hujung bulan ini, kedua-dua model ini menampilkan bar kamera dengan paparan kedua yang dipanggil “Magic Back Screen”.

Xiaomi 17 Pro_3

Melalui perkongsian video di Weibo, paparan kedua ini dilihat mampu melakukan pelbagai fungsi, termasuk memaparkan muka jam berbeza, panel swafoto untuk kamera belakang, maklumat aplikasi serta mungkin lebih banyak ciri menarik lain yang belum didedahkan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/09/17090637/BraveDown.Com-%E5%B0%8F%E7%B1%B317Pro%E7%B3%BB%E5%88%97%E5%85%A8%E6%96%B0%E8%83%8C%E5%B1%8F-1758071187-.mp4

Sebagai rujukan, ini bukanlah kali pertama Xiaomi mencuba paparan belakang pada telefon pintar andalannya. Mi 11 Ultra, yang dilancarkan pada 2021, juga hadir dengan panel AMOLED kecil 1.1-inci di bahagian belakang, tetapi fungsinya jauh lebih terhad.

Selain paparan kedua yang menarik perhatian, Xiaomi 17 Pro dan 17 Pro Max juga menampilkan logo Leica di bawah kamera, mengesahkan bahawa kedua-dua jenama ini sekali lagi bekerjasama untuk menyelaraskan sistem fotografi telefon pintar tersebut.

Menjelang pelancaran tidak lama lagi, pastinya lebih banyak butiran menarik akan didedahkan.

Berkaitan

  • Xiaomi HyperOS 3.0 Dilancar, Boleh Berkongsi Fail Dengan iPhone Tanpa Wayar
  • Xiaomi Panggil Balik Power Bank 33W 20000mAh (Kabel Terpasang) - Hanya Unit Tertentu Terjejas
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Imej Tertiris Papar Skrin Lebih Lengkung, Bezel Nipis Dipercayai Xiaomi 16

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY