Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi HyperOS 3.0

Imej Tertiris Papar Skrin Lebih Lengkung, Bezel Nipis Dipercayai Xiaomi 16

Diterbitkan September 9, 2025 ยท Dikemas kini September 9, 2025 oleh ariff bukhari

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan model flagship mereka, Xiaomi 16 tidak lama lagi di China.

Ini dikukuhkan lagi dengan imej bocor yang dikongsi oleh sumber terkenal Ice Universe yang dipercayai merujuk kepada model Xiaomi 16.

Apa yang menariknya untuk model terbaru ini adalah perubahan drastik dari segi rekaan peranti ini yang bakal menjadikannya antara telefon pintar paling bergaya pernah dihasilkan oleh Xiaomi.

Antara ciri paling menonjol ialah sudut yang lebih melengkung dan bezel yang sangat nipis.

Reka bentuk ini bukan sahaja memberikan rupa yang lebih moden, malah menonjolkan usaha Xiaomi untuk menetapkan standard baharu dalam pasaran telefon pintar premium.

Jika dibandingkan dengan pesaing lainnya, Xiaomi 16 tampil lebih berani dengan lengkungan yang lebih dramatik dan rekaan skrin yang hampir tanpa bingkai.

Xiaomi 16

Selain itu, kamera hadapan juga dilihat direka lebih kecil dan halus.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Xiaomi dijangka akan melancarkan barisan produk terbaru mereka yang terdiri daripada telefon pintar flagship Xiaomi 16 dalam bulan Oktober nanti.

Berkaitan

  • Xiaomi 15 Kini Di Malaysia - Snapdragon 8 Elite, Skrin 3200 Nits, Harga Bermula RM3,499
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Redmi 15C Dilancarkan, Harga Bermula RM429

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY