Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 33W Power Bank 20000mAh recall featured image

Xiaomi Panggil Balik Power Bank 33W 20000mAh (Kabel Terpasang) – Hanya Unit Tertentu Terjejas

Diterbitkan September 2, 2025 · Dikemas kini September 2, 2025 oleh Amalina Athman

Xiaomi mengumumkan penarikan balik (recall) unit Xiaomi 33W Power Bank 20000mAh (kabel terpasang) dengan nombor model PB2030MI, yang dihasilkan antara Ogos hingga September 2024.

Xiaomi 33W Power Bank 20000mAh Blue
Xiaomi 33W Power Bank 20000mAh (kabel terpasang) Blue
Xiaomi 33W Power Bank 20000mAh Tan
Xiaomi 33W Power Bank 20000mAh (kabel terpasang) Tan

Menurut Xiaomi, langkah ini diambil selepas syarikat mengenal pasti isu pada sesetengah bahan mentah dari pembekal, yang berpotensi menyebabkan power bank tidak berfungsi dengan sempurna dalam keadaan tertentu.

Masalah ini juga boleh menyebabkan bateri menjadi terlalu panas, dan seterusnya menimbulkan risiko kebakaran.

Walaupun kes yang dilaporkan adalah kecil, Xiaomi menegaskan komitmen mereka untuk memastikan standard kualiti dan keselamatan produk yang tinggi.

product recall Xiaomi 33W Power Bank 20000mAh

Pengguna boleh menyemak nombor model pada bahagian belakang power bank. Jika sepadan, semak nombor siri (SN code) melalui pautan Xiaomi dan ikut langkah yang disediakan untuk pemulangan atau penggantian unit terjejas.

Berkaitan

  • Anker Panggil Balik 4 Model 'Powerbank' - Ini Senarai Terjejas
  • CUKTECH Perkenal Mini Power Bank - 55W, 10000mAh, Ada Label 3C
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Xiaomi HyperOS 3.0 Dilancar, Boleh Berkongsi Fail Dengan iPhone Tanpa Wayar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY