Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi pad mini

Xiaomi Pad Mini Rasmi Dengan Skrin 8.8 Inci 3K, Dimensity 9400+, Bateri 7500mAh

Diterbitkan September 25, 2025 · Dikemas kini September 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Xiaomi melancarkan Xiaomi Pad Mini, sebuah tablet kompak dengan rekaan nipis 6.46mm dan berat hanya 326g. Peranti ini hadir dengan spesifikasi premium walaupun dalam saiz kecil, menjadikannya sesuai untuk hiburan, produktiviti mahupun gaming.

Xiaomi Pad Mini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9400+ berasaskan teknologi 3nm. Ia menampilkan konfigurasi CPU 1 teras X925 pada 3.73GHz, 3 teras X4 pada 3.3GHz, dan 4 teras A720 pada 2.4GHz, digabungkan dengan GPU Immortalis-G925 MC12 serta NPU 890 untuk kuasa AI.

xiaomi pad mini

Pilihan memori termasuk 8GB RAM+256GB storan atau 12GB RAM + 512GB storan, menggunakan teknologi LPDDR5X+UFS 4.1 untuk kelajuan tinggi.

Bahagian hadapan menampilkan paparan 8.8 inci 3K (3008×1880 piksel, 403 ppi) dengan kadar segar semula sehingga 165Hz dan kadar pensampelan sentuh sehingga 1080Hz. Skrin ini menyokong 68.7 bilion warna, DCI-P3, Dolby Vision, HDR10, serta dilindungi dengan pensijilan TÜV Rheinland untuk cahaya biru rendah, bebas flicker dan mesra circadian.

xiaomi pad mini
Tablet ini hadir dengan dua port USB-C

Xiaomi Pad Mini dilengkapi kamera utama 13MP f/2.2 dengan PDAF menyokong rakaman video 4K 30fps, manakala kamera hadapan 8MP f/2.2 menyokong rakaman 1080p. Mod tambahan termasuk Portrait, HDR, Document, dan Teleprompter.

xiaomi pad mini

Tablet ini hadir dengan bateri besar 7500mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W HyperCharge. Ia turut menyokong 18W pengecasan berbalik berwayar, membolehkan tablet ini berfungsi sebagai powerbank untuk mengecas peranti lain.

Xiaomi Pad Mini menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, USB 3.2 Gen 1 sehingga 5Gbps, serta DP1.4 untuk sambungan skrin luaran. Ia menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS 2 dengan pelbagai ciri tambahan.

Harga dan ketersediaan

Di pasaran UAE, Xiaomi Pad Mini dijual pada harga AED1,599 (~RM1,834) untuk varian 12GB+512GB. Rujuk artikel INI untuk harga Malaysia.

Berkaitan

  • Xiaomi HyperOS 3.0 Dilancar, Boleh Berkongsi Fail Dengan iPhone Tanpa Wayar
  • Xiaomi Panggil Balik Power Bank 33W 20000mAh (Kabel Terpasang) - Hanya Unit Tertentu Terjejas
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY