Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi leica

Xiaomi Tegas, Kerjasama Dengan Leica Masih Kukuh

Diterbitkan Julai 8, 2025 · Dikemas kini Julai 8, 2025 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari lalu, banyak laporan yang mengatakan Xiaomi tidak lagi akan menawarkan kamera Leica pada barisan telefonnya. Namun, Xiaomi menafikan dakwaan bahawa syarikat itu akan menamatkan kerjasama dengan Leica.

Menurut Pengurus Besar Perhubungan Awam Xiaomi, Wang Hua, khabar angin tersebut adalah tidak berasas dan dianggap “merepek”. Beliau turut mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama dakwaan seperti itu timbul.

Sebelum ini juga, terdapat spekulasi bahawa siri Xiaomi 14 akan menjadi model terakhir hasil kerjasama dengan Leica, tetapi ia juga telah dinafikan secara tegas.

wang hua xiaomi

Malah, kerjasama antara Xiaomi dan Leica dilihat semakin kukuh. Baru-baru ini, pasukan kamera Xiaomi telah menyesuaikan reka bentuk tera air selaras dengan piawaian global Leica.

Xiaomi juga memperkenalkan perbezaan mod kualiti gambar “Leica Classic” dan “Leica Vivid”, serta merancang untuk membawa kesan bunyi shutter Leica ke model-model lama.

Biarpun ura-ura terbaru berkaitan Redmi K90 Pro dikatakan tiada logo Leica, tidak bermakna Xiaomi dan Leica tamatkan kerjasama.

Siri Xiaomi 16 yang akan dilancarkan tidak lama lagi turut dikhabarkan bakal meneruskan lagi fotografi Leica. Secara tidak langsung, ia memberi saingan kepada jenama lain seperti vivo ZEISS dan OPPO Hasselblad.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Xiaomi YU7 Rasmi – SUV EV Yang Lebih Murah Daripada Tesla Model Y
  • Imej Xiaomi HyperOS 3 Tertiris, Mungkin Akan Perkenal UI "Liquid Glass" Juga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY