Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi HyperOS

Imej Xiaomi HyperOS 3 Tertiris, Mungkin Akan Perkenal UI “Liquid Glass” Juga

Diterbitkan Julai 2, 2025 · Dikemas kini Julai 2, 2025 oleh ariff bukhari

Imej tertiris di platform sosial Weibo menunjukkan bahawa Xiaomi bakal melancarkan kemas kini HyperOS 3 yang akan menampilkan rekaan baharu antaramuka moden dan premium seakan “Liquid Glass” yang telah diperkenalkan Apple baru-baru ini.

Apple memperkenalkan “Liquid Glass” sebagai elemen rekaan utama yang diseragamkan merentas sistem operasi bagi produk mereka meliputi iPhone, iPad dan komputer Macintosh.

Didedahkan oleh pembocor terkenal China, DCS menerusi akaun Weibo mendedahkan ciri-ciri baharu HyperOS 3 menampilkan rekaan pusat kawalan dan ikon yang diinspirasikan daripada “Liquid Glass” Apple.

Malah didakwa, ia lebih mesra pengguna berbanding apa yang diperkenalkan Apple.

Imej Xiaomi HyperOS 3 Tertiris, Mungkin Akan Perkenal UI “Liquid Glass” Juga

Laporan menunjukkan bahawa Xiaomi akan turut meluaskan rekaan Liquid Glass ini ke seluruh aplikasi sistem terasnya bagi memastikan antaramuka yang seragam.

Imej Xiaomi HyperOS 3 Tertiris, Mungkin Akan Perkenal UI “Liquid Glass” Juga

Bagi peranti bajet, Xiaomi akan menyesuaikan elemen UI yang lebih ringan membolehkan pengguna dari pelbagai tahap perkakasan menikmati rekaan baharu ini tanpa menjejaskan prestasi peranti.

HyperOS 3 dijangka dilancarkan bersama siri Xiaomi 16 pada Oktober 2025 nanti.

Berkaitan

  • Apple Umum 'Liquid Glass' - Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Nothing Phone (3) Dilancarkan Dengan Skrin Kedua Mikro-LED

Sumber: XiaomiTime

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
©2026 WISER.MY