Xiaomi Mi Note 10 Kini Rasmi - Kamera 108MP Dengan Harga Bermula RM2,099

Peranti ini merupakan peranti yang hangat diperkatakan sejak dari ura-uranya tersebar beberapa bulan lalu. Di China, ia dilancarkan dengan nama Xiaomi Mi CC9 Pro. Untuk pasaran luar pula, namanya adalah Xiaomi Mi Note 10. Di Malaysia, ia baru sahaja dilancarkan sebentar sahaja tadi.

Skrin hadapan peranti bersaiz 6.47 inci FullHD+ AMOLED yang melengkung secara 3D. Ia juga menyokong piawaian warna DCI-P3 dan juga dilindungi kaca Gorilla Glass 5. Terdapat juga pengimbas cap jari di dalam skrin. Pada skrin terdapat takuk kecil untuk kamera swafoto 32MP (f/2.0) dengan janaan AI untuk menghasilkan gambar yang menawan.

Cip pemprosesan peranti adalah Snapdragon 730G dengan bahagian grafik Adreno 618. RAM pula 6GB dengan padanan 128GB storan dalaman. Ia juga turut disokong UFS2.1 untuk kelajuan storan.

Bahagian kamera belakang merupakan yang paling menarik peranti ini. Ia mempunyai tetapan lima kamera. Kamera utama peranti adalah sebesar 108MP dengan penstabilan OIS  (f/1.9) Terdapat 2 lensa telefoto. Satu 12MP (f/2.0)  dengan 2x zum optikal manakala satu lagi adalah 5MP (f/2.0) dengan 5x zum optikal, OIS, yang menyokong sehingga 50x zum digital dan 10x zum hibrid. Kamera keempat adalah 20MP (f/2.2) ultralebar dengan darjah melihat 117°. Kamera kelima pula adalah 2MP lensa makro dengan jarak fokus sehingga 2cm.

Image

Bateri peranti bersaiz 5,260mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 30W melalui USB-C.

Terdapat juga versi Pro yang sedikit berkuasa. Jika Mi Note 10 mempunyai konfigurasi 6GB/128GB, Mi Note 10 Pro pula adalah 8GB/256GB. Selain itu, versi Pro juga mempunyai lensa 108MP dengan 8P (8 lensa plastik), manakala Mi Note 10 hanya dengan 7P (7 lensa plastik) sahaja.

Dengan lensa 108MP tersebut, versi Pro berjaya mencapai tahap tertinggi dalam ujian kamera DxOMark setanding dengan Huawei Mate 30 Pro.

Untuk perisian, ia menjalankan MIUI 11. Peranti juga mempunyai sokongan dwi-sedia 4G, NFC dan juga bicu 3.5mm untuk audio.



 

Di Malaysia, Xiaomi Mi Note 10 dijual pada harga RM2,099 dengan Mi Note 10 Pro pula berharga RM2,499. Ia boleh didapati dalam 3 warna pilihan iaitu Aurora Green, Glacier White, serta Midnight Black.

Image result for mi note 10 color

Peranti mula dijual bermula 7 hingga 15 Disember dengan tawaran purchase-with-purchases (PWP) diskaun RM100 untuk barangan dalam Mi Store. Untuk versi Pro pula. tawaran lebih menarik dengan terdapat jaminan penggantian skrin secara percuma selama 12 bulan.

Berkaitan