Memfokuskan kepada fotografi, Xiaomi Mi CC9 Pro Premium dilengkapi dengan konfigurasi 5 kamera di belakangnya. Menurut DxOMark, imej yang dihasilkan peranti tersebut adalah cemerlang dalam pelbagai situasi fotografi. Perincian adalah sangat tinggi disertakan dengan exposure yang tepat dan juga kawalan hingar yang baik.
Selain itu, white balance juga tepat serta mempunyai kualiti bokeh yang menawan. Untuk video, peranti ini mendapat skor 102 iaitu markah tertinggi setakat ini mengalahkan peranti pesaing lain seperti Google Pixel 4 dan Samsung Note 10+ 5G. Peranti ini juga mempunyai kualiti zum yang terhandal yang pernah diuji melalui 2 jenis lensa telefoto yang mempunyai focal length yang berbeza.
Namun, terdapat juga kritikan yang diberikan terhadap kamera peranti tersebut. Antaranya adalah kurang julat dinamik berbanding pesaing, langit cenderung untuk mempunyai warna ungu, dan juga hilang perincian pada hujung imej.
Berkaitan
- HONOR 30, 30 Pro, Dan 30 Pro+ Dilancarkan - Kamera 50MP, Lensa Periskop, Dan Cip Kirin Terbaharu
- Illegear Ares V Dilancarkan - Laptop Gaming Pertama Illegear Dengan Cip AMD
- Microsoft Perkenal Surface Pro 7+ Dengan Sokongan LTE, CPU Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar
- Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Xiaomi Kini Mencapai Sehingga 40W Lajunya
- 8 Jenis Komputer Riba Berkuasa Diumum ASUS - Dari Gaming, Lipat, Hingga Ke Tahan Lasak
- Xiaomi Mi A3 Akan Terima Kemaskini Android 10 Pertengahan Februari Ini
- CEO Xiaomi Terima Kecaman Setelah Dilihat Menggunakan iPhone
- Ming-Chi Kuo: Tiada Model iPhone SE Pada Separuh Pertama Tahun Hadapan
- Huawei Nova 8 Dan 8 Pro Dilancarkan - Skrin OLED 120Hz, Kamera Utama 64MP Dan Cip Kirin 985
- Redmi Note 9T Dilancarkan - MediaTek Dimensity 800U, Pembesar Suara Stereo, Dan 5,000mAh