Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
REDMI Watch 6 Lite-Horizontal_Online_RGB

Xiaomi Lancar REDMI Watch 6 Active, Watch 6 Lite Di Malaysia – Harga Bermula RM229

Diterbitkan September 2, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh Amalina Athman

Selain siri REDMI Note 17, Xiaomi turut memperkenalkan dua jam pintar baharu di Malaysia, iaitu REDMI Watch 6 Active dan REDMI Watch 6 Lite.

Kedua-duanya menawarkan paparan AMOLED, ciri pemantauan kesihatan dan pelbagai mod sukan, selain mampu bertahan sehingga 18 hari dalam penggunaan ringan. Namun begitu, Watch 6 Lite hadir dengan beberapa ciri tambahan yang lebih sesuai untuk pengguna yang mahukan penjejakan aktiviti luar dengan lebih lengkap.

REDMI Watch 6 Lite

REDMI Watch 6 Lite hadir dengan paparan 2.5D melengkung bersaiz 1.96-inci AMOLED dengan kecerahan puncak sehingga 1,500 nits. Ia turut menyokong Always-on Display dan pelarasan kecerahan secara automatik, manakala binaannya mempunyai ketebalan 9.9mm dan berat 27.8g tanpa tali.

REDMI Watch 6 Lite-Horizontal_Online_RGB

Untuk penjejakan aktiviti luar, jam ini dilengkapi GNSS lima sistem terbina yang membolehkan laluan direkodkan tanpa perlu membawa telefon pintar.

Xiaomi Lancar REDMI Watch 6 Active, Watch 6 Lite Di Malaysia – Harga Bermula RM229

Ia turut menawarkan lebih 150 mod sukan, termasuk ciri penjejakan renang menggunakan sensor 9 paksi. Sistem ini boleh mengenal pasti gaya renang dan merekod metrik seperti kelajuan purata, perubahan kadar denyutan jantung ketika berada di dalam air serta kecekapan SWOLF.

Xiaomi Lancar REDMI Watch 6 Active, Watch 6 Lite Di Malaysia – Harga Bermula RM229

REDMI Watch 6 Lite mempunyai penarafan 5ATM dan sesuai digunakan untuk berenang di kolam atau kawasan air cetek, serta aktiviti air lain di kawasan cetek. Dari segi kesihatan, jam ini turut menyediakan pemantauan sepanjang hari, manakala hayat baterinya mencecah sehingga 18 hari dalam penggunaan ringan.

REDMI Watch 6 Active

REDMI Watch 6 Active pula dilengkapi paparan AMOLED 1.85 inci 2.5D melengkung dengan kecerahan puncak sehingga 1,200 nits. Ia menyokong Always-on Display, dengan binaan setebal 9.9mm dan berat 26g tanpa tali.

REDMI Watch 6 Active-Horizontal_Online_RGB

Jam ini turut menawarkan sehingga 18 hari hayat bateri dalam penggunaan ringan, selain sokongan panggilan Bluetooth apabila disambungkan ke telefon pintar.

Bluetooth® calling

Untuk pemantauan kesihatan, REDMI Watch 6 Active menawarkan pemantauan sepanjang hari bagi kadar denyutan jantung, paras oksigen dalam darah dan tahap tekanan, selain pemantauan tidur serta pengurusan kesihatan wanita.

Ia juga menyediakan lebih 140 mod sukan serta penarafan IP68 untuk ketahanan terhadap habuk dan air.

Xiaomi Lancar REDMI Watch 6 Active, Watch 6 Lite Di Malaysia – Harga Bermula RM229

Dalam pengumuman yang sama, Xiaomi turut memperkenalkan REDMI Headphones Neo yang kini hadir dalam pilihan warna baharu Mist Blue.

Xiaomi Lancar REDMI Watch 6 Active, Watch 6 Lite Di Malaysia – Harga Bermula RM229

Model berkenaan sebenarnya telah diperkenalkan sebelum ini di Malaysia, jadi kali ini ia sekadar menerima pilihan warna baharu. Ia menawarkan pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 42dB, sistem pengurangan hingar panggilan berasaskan AI dengan tiga mikrofon serta pensijilan Hi-Res.

Harga Dan Ketersediaan

Untuk pasaran Malaysia, REDMI Watch 6 Lite berharga RM299, dengan harga promosi RM249. Ia ditawarkan dalam pilihan warna Black dan Steel Gray.

REDMI Watch 6 Active pula ditawarkan pada harga RM229 (harga promosi RM159), dalam pilihan warna Midnight Black, Matte Silver dan Sunset Orange.

Sementara itu, REDMI Headphones Neo berharga RM399 (harga promosi RM239) dan kini tersedia dalam pilihan warna baharu Mist Blue.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Xiaomi Lancar REDMI Headphones Neo – Fon Kepala 'Over-Ear' Pertama Jenama Ini Di Malaysia Pada Harga RM399
  • Siri REDMI Note 17 Diperkenal Dengan 4 Model - Pro Max Bawa Bateri 10,000mAh
  • Siri REDMI Note 17 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM849

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY