Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
REDMI Note 17 series Malaysia_1

Siri REDMI Note 17 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM849

Diterbitkan September 2, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh Amalina Athman

Xiaomi secara rasmi hari ini melancarkan siri REDMI Note 17 di Malaysia yang terdiri daripada empat model baharu, iaitu REDMI Note 17, REDMI Note 17 5G, REDMI Note 17 Pro 5G dan model Pro Max yang pertama kali diperkenalkan, REDMI Note 17 Pro Max 5G.

Mengimbas kembali, REDMI Note 17 Pro Max 5G hadir dengan bateri 10,000mAh, iaitu kapasiti bateri telefon pintar terbesar Xiaomi setakat ini. Ia turut menyokong pengecasan 100W HyperCharge dan pengecasan berbalik 27W.

REDMI NOTE 17 Pro Max 5G_1

REDMI Note 17 Pro Max 5G dan REDMI Note 17 Pro 5G juga merupakan model pertama dalam industri yang memperoleh pensijilan TÜV SÜD 5-star Titan Quality Certification. Kedua-duanya menawarkan perlindungan terhadap air dan habuk dengan penarafan IP66, IP68, IP69 dan IP69K, selain menggunakan Corning Gorilla Glass Victus 2.

Dari segi cip pemprosesan, REDMI Note 17 Pro Max 5G dikuasakan Snapdragon 6 Gen 5, manakala REDMI Note 17 Pro 5G menggunakan Snapdragon 6s Gen 4.

REDMI NOTE 17 Pro 5G_1

Sementara itu, REDMI Note 17 5G dan REDMI Note 17 masing-masing dilengkapi bateri 7,700mAh bersama pengecasan 45W. Kedua-duanya turut menerima TÜV SÜD 5-star Battery Performance Certification, penarafan IP65 serta Corning Gorilla Glass 7i untuk perlindungan daripada calar, percikan air dan habuk dalam penggunaan harian.

REDMI NOTE 17 5G_1
REDMI NOTE 17_1

Harga Dan Ketersediaan

Untuk pasaran Malaysia, siri REDMI Note 17 ditawarkan pada harga berikut:

REDMI Note 17 Pro Max 5G (Cloud Blush, Purple, Black)

  • 8GB+256GB: RM1,999 (harga promosi RM1,799)
  • 8GB+512GB: RM2,299 (harga promosi RM2,099)

REDMI Note 17 Pro 5G (Blue, Black, Purple)

  • 8GB+256GB: RM1,899 (harga promosi RM1,799)
  • 8GB+512GB: RM1,599 (harga promosi RM1,499)

REDMI Note 17 5G (Blue, Black, Purple)

  • 6GB+128GB: RM1,099 (harga promosi RM999)
  • 8GB+256GB: RM1,299 (harga promosi RM1,199)

Bagi REDMI Note 17, ia ditawarkan dengan varian 4GB+128GB pada harga RM849 (harga promosi RM749), dan hanya tersedia secara eksklusif dalam talian.

Sempena promosi jualan terbuka, pembeli REDMI Note 17 Pro Max 5G dan Note 17 Pro 5G akan menerima REDMI Headphones Neo (Obsidian Black) secara percuma, manakala pembeli REDMI Note 17 5G akan menerima Xiaomi Smart Band 9 Active (Black).

Local Launch

Pembelian REDMI Note 17 Pro Max 5G dan Note 17 Pro 5G turut disertakan waranti bateri lima tahun, perlindungan skrin tiga tahun, perlindungan kerosakan cecair dua tahun, waranti penutup belakang dua tahun dan waranti kualiti dua tahun. Pembeli juga menerima dua bulan YouTube Premium serta enam bulan Google One dengan storan awan 200GB.

Sementara itu, REDMI Note 17 5G dan REDMI Note 17 hadir dengan waranti bateri empat tahun, perlindungan skrin dua tahun, waranti penutup belakang dua tahun dan waranti kualiti dua tahun, selain dua bulan YouTube Premium serta enam bulan Google One dengan storan awan 200GB.

REDMI Note 17 series Malaysia_2

Prapesan siri REDMI Note 17 masih dibuka melalui Xiaomi Stores, mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Jualan terbuka pula akan bermula pada 5 September hingga 30 September 2026 melalui saluran yang sama.

Xiaomi turut bekerjasama dengan Atome untuk menawarkan pelan ansuran 0%, selain baucar tambahan bernilai RM100 yang boleh digunakan bersama diskaun sedia ada.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Siri REDMI Note 17 Diperkenal Dengan 4 Model - Pro Max Bawa Bateri 10,000mAh
  • Siri POCO F9 Kini Rasmi - Kamera 200MP, Sokong Permainan 185FPS, Harga Bermula RM3,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY