Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri REDMI Note 17 Diperkenal Dengan 4 Model – Pro Max Bawa Bateri 10,000mAh

Siri REDMI Note 17 Diperkenal Dengan 4 Model – Pro Max Bawa Bateri 10,000mAh

Diterbitkan Ogos 27, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini memperkenalkan siri REDMI Note 17 dengan empat model baharu, termasuk REDMI Note 17 Pro Max 5G yang menjadi model Pro Max pertama dalam keluarga REDMI Note.

Antara tarikan utama siri ini ialah peningkatan pada kapasiti bateri, pengecasan dan ketahanan. Xiaomi turut menekankan sokongan penggunaan jangka panjang, dengan kemas kini keselamatan sehingga enam tahun bagi keseluruhan siri.

REDMI Note 17 Pro Max 5G

Model paling berkuasa dalam siri ini ialah REDMI Note 17 Pro Max 5G yang membawa bateri 10,000mAh, iaitu bateri telefon pintar terbesar Xiaomi setakat ini. Ia menyokong pengecasan 100W HyperCharge dan pengecasan berbalik 27W.

Xiaomi mendakwa bateri ini boleh menawarkan sehingga tiga hari penggunaan dengan satu pengecasan, manakala 20 minit pengecasan boleh memberikan penggunaan selama sehari.

Siri REDMI Note 17 Diperkenal Dengan 4 Model – Pro Max Bawa Bateri 10,000mAh

Bateri tersebut menggunakan teknologi silikon-karbon dengan kandungan silikon 16%. Xiaomi turut menyatakan baterinya mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti asal selepas 1,600 kitaran pengecasan, bersamaan kira-kira enam tahun penggunaan biasa.

Dari segi paparan, model ini hadir dengan skrin 6.83-inci AMOLED beresolusi 1.5K, kecerahan puncak sehingga 3,500 nits, kadar segar semula sehingga 120Hz serta mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass Victus 2.

REDMI Note 17 Pro Max 5G dikuasakan Snapdragon 6 Gen 5 dengan konfigurasi memori sehingga 12GB RAM LPDDR5X dan storan sehingga 512GB UFS 4.1. Model ini turut dilengkapi Xiaomi HyperAI, Google Gemini dan Circle to Search with Google.

Siri REDMI Note 17 Diperkenal Dengan 4 Model – Pro Max Bawa Bateri 10,000mAh

Dalam aspek kamera, peranti ini dilengkapi 50MP utama, 8MP ultra lebar dan 32MP kamera swafoto. Ia menyokong rakaman video 4K pada 30fps, rakaman dwi-video, Professional Video dan Live Moment. Ciri AI seperti AI Glare Removal dan AI Erase Pro turut disediakan.

REDMI NOTE 17 Pro Max 5G_1

Lain-lain termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 6, Bluetooth 6.0, NFC, penarafan IP66/IP68/IP69/IP69K serta melepasi ujian ketahanan air pada kedalaman 2 meter selama 72 jam. Ia turut memperkenalkan Underwater Mode. REDMI Note 17 Pro Max 5G ditawarkan dalam pilihan warna Cloud Blush, Green, Purple dan Black.

REDMI Note 17 Pro 5G

REDMI Note 17 Pro 5G hadir dengan skrin 6.83-inci AMOLED, resolusi 1.5K, maksimum kecerahan 3,500 nits serta kadar segar semula 120Hz. Ia juga mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass Victus 2.

Model ini dikuasakan cip Snapdragon 6s Gen 4 bersama gandingan sehingga 12GB RAM LPDDR4X dan storan sehingga 512GB UFS 3.1.

Beralih ke bahagian kamera, REDMI Note 17 Pro 5G dimuatkan 50MP utama, 8MP ultra lebar dan 16MP swafoto.

Bagi menghidupkan peranti, ia dibekalkan bateri berkapasiti 8,340mAh dengan pengecasan 67W HyperCharge. Untuk ciri pintar, REDMI Note 17 Pro 5G menyokong Google Gemini dan Circle to Search with Google, selain ciri AI untuk penyuntingan foto seperti AI Glare Removal, AI Erase Pro, AI Beautify dan AI Image Enhancement.

Siri REDMI Note 17 Diperkenal Dengan 4 Model – Pro Max Bawa Bateri 10,000mAh

Seperti model Pro Max, ia mempunyai penarafan IP66/IP68/IP69/IP69K serta melepasi ujian ketahanan air pada kedalaman 2 meter selama 72 jam. Model ini turut menawarkan Underwater Mode dan perlindungan daripada kejatuhan sehingga tiga meter ke permukaan granit.

REDMI NOTE 17 Pro 5G_1

Antara lainnya termasuk sokongan Bluetooth 5.1, NFC serta ditawarkan dalam pilihan warna iaitu Sky Blue, Satin Orange, Black dan Purple.

REDMI Note 17 5G

REDMI Note 17 5G dilengkapi skrin 6.99-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz serta kecerahan puncak 1,800 nits.

Ia dikuasakan cip Snapdragon 4 Gen 4 yang dipadankan dengan sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan 256GB storan UFS 2.2.

Untuk fotografi, peranti ini mempunyai kamera utama 50MP di bahagian belakang dan kamera swafoto 16MP di bahagian hadapan.

REDMI NOTE 17 5G_1

Bateri berkapasiti 7,700mAh pula menyokong pengecasan pantas 45W. Antara ciri lain termasuk NFC, Bluetooth 5.1 dan penarafan IP65. Peranti ini menjalankan Xiaomi HyperOS 3 serta menerima sokongan kemas kini keselamatan selama enam tahun.

REDMI Note 17

Model asas dalam siri ini, REDMI Note 17, juga didatangkan dengan bateri 7,700mAh bersama pengecasan 45W.

Seperti REDMI Note 17 5G, model ini menggunakan paparan 6.99 inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksimum 1,800 nits. Kamera yang ditawarkan juga sama, termasuk kamera utama 50MP dan kamera swafoto 16MP.

REDMI NOTE 17_1

Antara ciri lain termasuk sokongan NFC, Bluetooth 5.0 serta sistem operasi Xiaomi HyperOS 3. Xiaomi turut menjanjikan kemas kini keselamatan selama enam tahun.

Ketersediaan

Siri REDMI Note 17 Diperkenal Dengan 4 Model – Pro Max Bawa Bateri 10,000mAh

Pelancaran rasmi siri REDMI Note 17 di Malaysia dijadualkan pada 2 September 2026, jam 4:30 petang. Namun, prapesan telah dibuka mulai sekarang sehingga 4 September 2026 di Xiaomi Stores terpilih, dengan deposit RM100, diskaun eksklusif RM300 dan hadiah percuma, tertakluk pada terma dan syarat.

siri Redmi Note 17 Malaysia_

Antara hadiah yang ditawarkan ialah REDMI Headphones Neo dan Xiaomi Smart Band 9 Active, selain manfaat seperti waranti tambahan, dua bulan YouTube Premium dan enam bulan Google One 200GB.

Prapesan dalam talian pula dibuka dari 2 hingga 4 September 2026 menerusi mi.com, Shopee, Lazada dan TikTok Shop rasmi Xiaomi.

Siri REDMI Note 17 Diperkenal Dengan 4 Model – Pro Max Bawa Bateri 10,000mAh

Selain itu, Xiaomi akan mengadakan acara “REDMI Boss for a Day: Meerqeen” di Xiaomi Store The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada 5 September 2026. Pelanggan yang membuat prapesan siri REDMI Note 17 Pro dan hadir untuk mengambil peranti dari jam 10 pagi berpeluang mendapatkan akses ke sesi bertemu dan beramah mesra bersama Meerqeen, tertakluk kepada slot yang tersedia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Siri REDMI 17 Dilancarkan Di Malaysia – Bateri 7,500mAh, Skrin 120Hz, Harga Bermula RM469
  • Siri Redmi Note 17 Sah Akan Perkenal Model Pro Max, Bateri 10,000mAh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY