Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 15S Pro_2

Xiaomi Lancar Menu Turbo, Jana Prestasi Telefon Ke Tahap Maksimum

Diterbitkan Julai 21, 2025 oleh ariff bukhari

Peninat telefon pintar Xiaomi pastinya teruja apabila Xiaomi secara rasmi telah melancarkan ciri baharu iaitu “Chip Performance Panel” yang dapat meningkatkan prestasi peranti mencapai ke tahap maksimum.

Ciri ini mula diperkenalkan menerusi model Xiaomi 15S Pro, khusus untuk cip XRING O1.

XRING O1_h
Xiaomi XRING O1 merupakan cip SoC pertama buatan Xiaomi untuk telefon pintar dan tablet. Ia menyokong Wi-Fi 7, storan pantas UFS 4.1, RAM LPDDR5T dan USB-C 3.2 Gen 2 (sehingga 10 Gbit/s). Ia dihasilkan oleh TSMC menggunakan teknologi 3nm generasi kedua.

Ciri ini memberi kawalan terperinci kepada pengguna untuk melaraskan voltan dan frekuensi bagi setiap kumpulan teras pada cip, membolehkan prestasi peranti dioptimumkan dengan lebih sesuai mengikut kehendak pengguna.

Xiaomi Lancar Menu Turbo, Jana Prestasi Telefon Ke Tahap Maksimum

Ia perlu diaktifkan secara manual melalui pilihan pembangun dan memerlukan but semula (reboot) selepas perubahan ditetapkan.

Tetapi untuk keselamatan, sistem peranti akan kembali ke tetapan asal jika berlaku sebarang ketidakstabilan operasi.

Buat masa ini, ciri ini masih dalam fasa Beta dan eksklusif untuk peranti dengan cip XRING O1 sahaja.

Berkaitan

  • Xiaomi 15S Pro, Pad 7 Ultra Dilancarkan Dengan Cip XRING O1
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • KOSPET Magic R10 Dan P10 Dilancar, Jam Tangan Pintar Terbaru Berharga RM699

Sumber: XiaomiTime

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY