Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KOSPET Magic R10 Dan P10 Dilancar, Jam Tangan Pintar Terbaru Berharga RM699

KOSPET Magic R10 Dan P10 Dilancar, Jam Tangan Pintar Terbaru Berharga RM699

Diterbitkan Julai 18, 2025 · Dikemas kini Julai 18, 2025 oleh ariff bukhari

Pasaran jam pintar tempatan semakin meriah dengan kehadiran pesaing baru, KOSPET menerusi pelancaran 2 model jam pintar iaitu Magic R10 dan Magic P10 di Malaysia.

Ia selari dengan pertumbuhan pesat pasaran teknologi boleh pakai tempatan yang dijangka berkembang 15–18% menjelang 2030.

Kedua-dua model menampilkan reka bentuk premium dengan bezel keluli tahan karat 316L yang dipadankan bersama tiga jenis tali (silikon, magnetik, rajutan).

Magic R10 hadir dengan paparan AMOLED 1.43” (466×466), manakala P10 menampilkan skrin AMOLED 1.96” (410×502) dengan kedua-dua model menyokong kecerahan 1000 nits.

Magic R10_1
Magic R10
Magic P10_1
Magic P10.

Dikuasakan oleh cip MCU dwi-teras Action3085S, jam ini dilengkapi Bluetooth 5.3, sokongan dwi jalur GNSS (L1+L5), lebih 180 mod sukan, dan pengecaman aktiviti ApexMotion™.

Ia juga menawarkan penjejakan biometrik 24/7, termasuk kadar denyutan, SpO₂, tidur (REM), tekanan, emosi, serta penjejakan kitaran haid dan panduan pernafasan.

Magic P10_4
Siri Magic direka untuk pengguna moden yang menuntut gabungan gaya, prestasi dan kesihatan dalam satu peranti.
Magic R10_5

Magic R10 dan P10 akan mula dijual pada 21 Julai 2025, melalui Shopee, Lazada, TikTok dan peruncit sah seluruh negara.

Harga runcit ditetapkan pada RM699, tapi sempena pelancarannya,ia ditawar pada harga promosi RM629 untuk masa terhad.

Hadiah eksklusif dan pakej pembelian awal turut ditawarkan.

Beli Magic R10 Dan P10 di stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmu0nl
  • Lazada – https://invl.me/clmu0nh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Huawei Kini Raja Peranti Boleh Pakai, Atasi Xiaomi, Apple Dan Garmin - IDC
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Huawei Rampas Semula Takhta Telefon Pintar No.1 Di China

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY