Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 15S Pro_4

Xiaomi 15S Pro, Pad 7 Ultra Dilancarkan Dengan Cip XRING O1

Diterbitkan Mei 23, 2025 · Dikemas kini Mei 23, 2025 oleh Amalina Athman

Dalam acara pelancaran di China, Xiaomi telah pun mengumumkan cip SoC ‘flagship’ pertama buatan sendiri. Dinamakan sebagai XRING O1, cip ini dilancarkan bersama Xiaomi 15S Pro dan Pad 7 Ultra.

Kedua-dua peranti ini menggunakan cip XRING O1 yang mempunyai 10 teras CPU , termasuk 2 teras Cortex-X925 dengan kelajuan 3.9GHz. Ia dipadankan dengan 16 teras GPU Immortalis-G925, serta 6 teras NPU yang menawarkan 44 TOPS untuk pemprosesan kecerdasan buatan (AI) lebih canggih.

Xiaomi 15S Pro

Xiaomi 15S Pro, Pad 7 Ultra Dilancarkan Dengan Cip XRING O1
Xiaomi 15S Pro_3

Xiaomi 15S Pro dilengkapi skrin 6.73 AMOLED dengan resolusi 2K, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksimum 3,000 nit.

Menggunakan cip XRING 01, kecekapan peranti ini dipertingkatkan lagi dengan reka bentuk penyejukan baharu yang mampu mengurangkan haba sehingga 30%, 4 mod kuasa rendah dinamik dan unit kawalan mikro.

Xiaomi 15S Pro dimuatkan bateri 6,100mAh, cip pengurusan bateri Surge G1 dan cip pengecasan Surge P3. Ia menyokong pengecasan 90W berwayar dan 50W wayarles.

Beralih ke bahagian fotografi, peranti ini datang dengan sistem tiga lensa Leica Summilux 50MP (14mm–120mm), apertur f/1.44, ISP generasi keempat yang menyokong HDR masa nyata dan pengurangan hingar AI serta prestasi video malam 4K.

Xiaomi 15S Pro_1

Xiaomi 15S Pro turut menyokong kunci digital UWB, kad transit, fungsi mengurangkan mabuk perjalanan ketika dalam kenderaan, serta navigasi dipertingkatkan.

Xiaomi 15S Pro_2

Xiaomi 15S Pro ditawarkan dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5T dan storan sehingga 1TB UFS 4.1 dalam pilihan warna Xiaomi Composite Fiber dan Sky Blue. Harga jualan di China bermula 5,499 RMB (~RM3,260).

Xiaomi Pad 7 Ultra

Xiaomi 15S Pro, Pad 7 Ultra Dilancarkan Dengan Cip XRING O1

Xiaomi Pad 7 Ultra menandakan tablet ‘flagship’ Ultra pertama jenama ini, menggabungkan reka bentuk premium, prestasi terbaik dengan cip Xiaomi XRING O1, serta ciri AI yang canggih.

Tablet ini dilengkapi skrin OLED 14 inci dengan resolusi 3.2K dan kecerahan maksimum 1600 nit. Skrin Pad 7 Ultra dikalibrasi untuk warna yang tepat serta dipertingkatkan dengan lapisan anti-silau dan penyebaran cahaya yang sekata.

Xiaomi Pad 7 Ultra_1

Dengan teknologi HyperCharge 120W, bateri berkapasiti 12,000 mAh dan sokongan Wi-Fi 7, Xiaomi Pad 7 Ultra menawarkan sambungan pantas serta penggunaan yang lama.

Pada bahagian kamera, ia dilengkapi kamera hadapan ultra-lebar 32MP dan kamera belakang 50MP. Sistem audio pula menggunakan 8 pembesar suara dengan output maksimum 150W.

Selain itu, Xiaomi Pad 7 Ultra Keyboard yang diperkenalkan bersama Xiaomi Pad 7 Ultra diperbuat daripada aloi magnesium premium dan menawarkan pelarasan sudut dari 0° hingga 124° melalui engsel yang licin dan tepat.

Xiaomi Pad 7 Ultra_2

Xiaomi Pad 7 Ultra ditawarkan dalam pilihan warna Misty Purple dan Classic Black, dengan harga permulaan 5,699 RMB (~RM3,378).

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Xiaomi, Huawei & BBK Mungkin Bangunkan OS Sendiri Tanpa Google
  • Xiaomi, Jenama Telefon Pintar No.1 Di Malaysia
  • Xiaomi Perkenal Cip XRING O1 - 3nm, 10 Teras CPU, 16 Teras GPU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY