Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cctv xiaomi murah aw200

Xiaomi Bawa Masuk 4 Kamera “CCTV” Ke Malaysia, Harga Bermula RM149

Diterbitkan April 6, 2023 · Dikemas kini April 6, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam acara pelancaran siri Redmi Note 12 semalam, Xiaomi turut memperkenal 4 kamera untuk pasaran Malaysia. Dua daripadanya untuk kegunaan dalam rumah, 2 lagi boleh digunakan di luar.

Kalau anda mahu tahu tentang Redmi Note 12, sila ke artikel INI.

Tatal ke bawah untuk ketahui lebih lanjut.

{snap}

Xiaomi Smart Camera C300

xiaomi camera c300

Antara naik taraf pada model ini ialah penggunaan kamera 3MP, resolusi 2K, apertur f1.4, rakaman berwarna dalam gelap dan pengesanan manusia.

Selain itu, ia juga menggunakan lensa 6P yang memberikan imej yang lebih terperinci dan kurangkan biasan cahaya.

Ciri-ciri lain seperti hubungan dengan peranti IoT Xiaomi, audio dua hala, 360 darjah, Google Home dan seumpamanya sama saja dengan C200

Harganya ialah RM199.

Beli di Shopee

{snap}

Xiaomi Smart Camera C400

xiaomi camera c400

Model ini pula dilengkapkan dengan kamera 4MP dan mampu rakam dalam resolusi 2.5K.

Ia sama hadir dengan lensa 6P dan mampu berpusing 360 darjah.

Namun, kemampuan audionya lebih bagus kerana mempunyai pembesar suara berdiameter besar dengan corong berasingan.

Dalam pada itu, C400 mempunyai ciri pengurangan hingar, jadi komunikasi 2 hala menjadi lebih jelas selain mampu menangkap audio dalam jarak 5 meter.

Harganya ialah RM239.

{snap}

Xiaomi Outdoor Camera AW200

xiaomi camera aw200

Kalau model C tadi untuk penggunaan dalam bangunan, maka AW pula untuk digunakan luar bangunan seperti dijadikan CCTV rumah.

Ia mempunyai tahap kalis air IP65, mampu mengesan pergerakan, mempunyai tapak yang boleh dipisahkan, sokong audio 2 hala, ada mod time-lapse.

Untuk kamera, ia boleh merakam dalam resolusi 1080p dan lengkap dengan apertur F1.6. Xiaomi berkata ia berbeza daripada 1080p lain kerana videonya lebih terang.

Untuk video malam, ia mempunyai inframerah 940mm yang mana tiada cahaya merah dapat dilihat daripada kamera seperti inframerah biasa.

Harganya ialah RM149.

{snap}

Xiaomi Outdoor Camera AW300

Xiaomi Bawa Masuk 4 Kamera “CCTV” Ke Malaysia, Harga Bermula RM149

Kamera ini pula dinai taraf dengan resolusi 2K, mempunyai ciri zon fokus dan tahap perlindungan IP66.

Selain itu, ia juga boleh berinteraksi dengan barang IoT seperti tombol pintu pintar.

Harga untuk pasaran Malaysia belum didedahkan namun sah akan dijual di sini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM1,500 Awal 2023

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY