5 Telefon Terbaik Bawah RM1,500 Awal 2023

Sedar tak sedar, kita telah memasuki bulan April dan pelbagai peranti baharu telah dilancarkan setakat bulan Mac ini. Kepada pembaca Wiser yang setia, saya yakin mesti ramai dikalangan anda yang ingin mencari telefon pintar baharu untuk bajet bawah RM1,500.

Sebelum saya berkongsikan senarai ini, anda boleh melihat "artikel ini" jika untuk mencari peranti untuk bajet bawah RM1,000.

{snap}

POCO X4 GT




Peranti Paling Berkuasa 

Sekiranya anda mencari peranti dengan spesifikasi paling berkuasa untuk kelas bawah RM1,500, POCO X4 GT adalah jawapannya.

POCO X4 GT dikuasakan cip Dimensity 8100 (5nm), antara cip flagship paling berkuasa dari MediaTek.

Menariknya lagi, peranti ini mempunyai skrin 6.6" FHD+  yang menyokong kadar segar semula hingga 144Hz, jauh lebih tinggi berbanding pesaing yang lain.

Selain itu, POCO menawarkan tetapan 3 kamera - 64MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 20MP swafoto. X4 GT mempunyai bateri sebesar 5,080mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

Peranti ini menggunakan MIUI 13 untuk POCO yang berasaskan Android 12 dan hadir dalam variasi 8GB RAM dan 128GB ROM.

Beli di Shopee

{snap}

HONOR X9a 5G




Peranti Dengan Skrin Tahan Lasak

HONOR X9a 5G baharu sahaja hadir pada awal tahun ini. Bagi saya, peranti ini tampak menarik dan unik dengan skrin melengkungnya dan ketahanan binaannya yang kuat.

HONOR X9a 5G dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, mempunyai memori RAM 8GB dan storan besar 256GB.

Uniknya, peranti ini mempunyai skrin lengkung OLED berukuran 6.67" dengan ketebalan 0.65mm yang tinggi berbanding 0.55mm yang standard.

Oleh itu, anda boleh jangkakan skrin pada peranti ini lebih kukuh dan tahan lasak berbanding pesaingnya yang lain.

Dalam kamera, peranti ini dilengkapi sensor - 64MP utama, 5MP ultra-lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto.

X9a 5G disokongkan bateri 5,100mAh dengan pengecasan pantas 40W dan menggunakan MagicUI 6.1 yang berasaskan Android 12 dari dalam kotak.

Beli di Shopee

{snap}

vivo V27e




Peranti Dengan Prestasi Kamera Swafoto Terbaik

vivo V27e adalah antara pilihan yang terbaik daripada saya kepada anda untuk segmen harga bawah RM1,500. Peranti ini sangat sesuai bagi anda yang inginkan kamera yang berkuasa dan hasil yang cantik.

vivo V27e dikuasakan cip MediaTek G99, menawarkan memori RAM 8GB dan storan 256GB.

Menariknya lagi, peranti dilengkapi skrin AMOLED 6.62" yang beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Untuk kamera, ia menggunakan sensor 64MP utama dengan OIS, 2MP bokeh, 2MP makro dan 32MP untuk kamera swafoto. 

Selain itu, V27e dilengkapi bateri sebesar 4,600mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Peranti ini menggunakan Android 13 melalui antara muka Funtouch OS 13.

Beli di Shopee

{snap}

realme 10 Pro 5G


Peranti Yang Berbaloi Dengan Harganya

realme 10 Pro 5G adalah kemasukan baru dalam siri realme 10 pada awal tahun 2023. Peranti ini sangat sesuai bagi pelajar universiti atau anda yang mempunyai bajet bawah RM1,500.

realme 10 Pro 5G dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, memori RAM sebesar 8GB dan storan pada saiz 256GB. 

Peranti ini dilengkapi skrin berukuran 6.72" yang beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, realme 10 Pro ini mempunyai 3 tetapan kamera - 108MP utama, 2MP potret, sensor Samsung HM6 dan 16MP swafoto.

Peranti ini disokongkan bateri sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Di samping itu, peranti ini beroperasi menggunakan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

Beli di Shopee

{snap}

OnePlus Nord CE 3 Lite




Peranti Dengan Pengalaman UI Terbaik

Peranti OnePlus ini baharu sahaja dilancarkan pada 4 April lepas dan merupakan midrange yang baru dalam pasaran ketika ini.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, memori RAM 8GB dan storan 256GB yang besar.

Ia juga mempunyai saiz bateri 5,000mAh yang standard dengan pengecasan pantas SUPERVOOC 67W.

Untuk pengetahuan anda, OnePlus Nord CE 3 Lite menggunakan OxygenOS 13.1 yang berasaskan Android 13.

Ia dilengkapi skrin berukuran 6.72" yang beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Peranti ini menawarkan sistem 3 tetapan kamera - 108MP lebar, 2MP mikroskop, 2MP kedalaman dan 16MP swafoto.

Walau bagaimanapun, peranti ini bakal tersedia di pasaran tempatan tidak lama lagi, pratempah akan bermula 11 April nanti.

Beli di Shopee