Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wiser redmi note 12 pro+ 5g malaysia 6

Siri Redmi Note 12 Lancar Di Malaysia, Bermula RM659 Untuk 120Hz AMOLED

Diterbitkan April 5, 2023 · Dikemas kini April 6, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Sebentar tadi, tiga model dirasmikan untuk pengguna di Malaysia ialah Redmi Note 12, Note 12 5G dan Note 12 Pro+ 5G.

Redmi ialah jenama di bawah Xiaomi yang menumpukan terhadap kelas bawahan dan pertengahan. Siri Note ini memang khas untuk segmen pertengahan tetapi 3 model ini agak berbeza.

Klik SINI untuk shortcut mengetahui 3 ciri flagship pada Redmi Note 12 Pro+ 5G, pertama dalam kelas midrange.

Bermula daripada RM699 hingga RM1599, ayuh kita lihat tawaran setiap model.

Redmi Note 12

redmi note 12 malaysia

Kita mulakan dengan telefon dengan spesifikasi paling bawah dalam siri ini iaitu Note 12.

  • Cip: Snapdragon 685
  • RAM/ROM: 6/128GB, 8GB/128GB
  • Paparan: 6.67″ AMOLED 120Hz
  • Kamera belakang: 50MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro
  • Kamera swafoto: 13MP
  • Bateri dan pengecasan: 5000mAh, 33W

Ia satu-satunya telefon yang tidak menyokong rangkaian 5G dalam siri terbaru ini.

redmi note 12 malaysia

Peranti ini tersedia dalam 3 warna iaitu Onyx Gray, Mint Green dan Ice Blue. Bagi spesifikasi terperinci, ia tersedia di laman web Xiaomi.

Untuk varian 6/128GB, ia berharga RM659 untuk (RM699 harga asal) .

Untuk varian 8/128GB, ia dijual dengan harga RM799.

Redmi Note 12 5G

redmi note 12 malaysia 4

Kemudian, model yang berada tengah-tengah antara ketiga-tiga model dari segi spesifikasi. Ia menyokong 5G seperti model Pro+ selepas ini.

  • Cip: Snapdragon 4 Gen 1
  • RAM/ROM: 8GB/256GB
  • Paparan: 6.67″ AMOLED 120Hz
  • Kamera belakang: 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro
  • Kamera swafoto: 13MP
  • Bateri dan pengecasan: 5000mAh, 33W

redmi note 12 5g harga malaysia 1

Peranti ini tersedia dalam 3 warna iaitu Onyx Gray, Forest Green dan Ice Blue. Spesifikasi mendalam terdapat di laman web Redmi.

Ia didagangkan pada harga RM1099.

Redmi Note 12 Pro+ 5G

wiser redmi note 12 pro+ 5g malaysia 4

Yang terakhir ialah Note 12 Pro+ 5G iaitu menurut Xiaomi merupakan telefon kelas pertengahan pertama yang hadir dengan ciri andalan — AMOLED 120Hz, 200MP OIS dan 120W.

  • Cip: MediaTek Dimensity 1080
  • RAM/ROM: 8GB/256GB
  • Paparan: 6.67″ AMOLED 120Hz
  • Kamera belakang: 200MP, 8MP sudut lebar, 2MP makro
  • Kamera swafoto: 16MP
  • Bateri dan pengecasan: 5000mAh, 120W

redmi note 12 pro+ 5g malaysia

Ia didagangkan pada harga RM1599.

Peranti ini tersedia dalam 3 warna iaitu Polar White, Sky Blue dan Midnight Black.

Spesifikasi lanjut ada laman web Redmi.

Jualan

Siri Redmi Note 12 ini mula tersedia mulai 14 April 2023.

Tapi, anda boleh mula pratempah mana-mana model ini mulai 6 hingga 13 April 2023 dengan percuma Redmi Smart Band 2, selagi stok masih ada.

  • Redmi Note 12 (6/128GB) – RM699
  • Redmi Note 12 (8/128GB) – RM799
  • Redmi Note 12 5G (8/256GB) – RM1099
  • Redmi Note 12 Pro+ 5G (8/256GB) -RM1599

Shopee – Klik SINI

Lazada – Klik SINI

Berkaitan

  • Redmi Umum Teknologi Pengecasan 300W, Mampu Cas 100% Dalam 5 Minit
  • Xiaomi Lancar Redmi 12C, Cip Helio G85 Bermula Pada Harga RM599
  • Redmi Watch 3 Dilancar Untuk Pasaran Global
  • Redmi Note 12 Turbo Diumumkan - Snapdragon 7+ Gen 2, 16GB RAM, Storan 1TB
  • Ini Telefon ‘Midrange’ Pertama Dengan 200MP OIS, Siap Ada Ciri ‘Flagship’ Lain Serendah RM1599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY