Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 17 Ultra China_featured image

Xiaomi 17 Ultra Dilancarkan – Snapdragon 8 Elite Gen 5, Telefoto 200MP, Leica Camera Ring

Diterbitkan Disember 26, 2025 · Dikemas kini Disember 26, 2025 oleh Amalina Athman

Xiaomi 17 Ultra secara rasmi diperkenalkan di China sebagai telefon pintar flagship terbaru jenama itu.

Selain model standard, Xiaomi turut mengumumkan edisi khas 17 Ultra Leica yang menampilkan logo Leica lebih menyerlah serta dilengkapi Leica Camera Ring.

Xiaomi 17 Ultra

Xiaomi 17 Ultra China_7

Xiaomi 17 Ultra merupakan model pertama dalam siri Ultra yang hadir dengan paparan rata. Ia dilengkapi skrin berukuran 6.9-inci AMOLED LTPO 1.5K, menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksimum 3,500 nits.

Paparannya turut dilindungi Xiaomi Shield Glass 3.0.

Peranti ini dikuasakan Snapdragon 8 Elite Gen 5, digandingkan dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan sehingga 1TB storan UFS 4.1.

Seterusnya, Xiaomi 17 Ultra dimuatkan sistem tiga kamera berjenama Leica, menampilkan kamera utama 50MP bersaiz 1-inci Light Fusion 1050L yang menyokong teknologi LOFIC HDR.

Xiaomi 17 Ultra China_3

Ia dipadankan bersama 50MP ultra lebar dan telefoto 200MP yang menyokong zum optik berterusan 75-100mm. Lensa telefoto ini menampilkan reka bentuk optik Leica APO dengan tiga lensa kaca khas bagi mengurangkan aberasi kromatik pada peringkat perkakasan.

Xiaomi 17 Ultra China_4

Bagi peminat fotografi, Xiaomi turut memperkenalkan dua set kit fotografi baharu dengan rekaan ergonomik serta menyokong sambungan magnetik.

Untuk kegunaan harian, Xiaomi melancarkan sarung ultra-nipis daripada composite fiber.

Xiaomi 17 Ultra China_2

Bagi menghidupkan peranti, ia dibekalkan dengan kapasiti bataeri 6,800 mAh yang menyokong 90W pengecasan berwayar dan 50W tanpa wayar.

Audio pula dipertingkat dengan pembesar suara dwi stereo, lengkap dengan teknologi AI noise reduction untuk penapisan bunyi lebih berkesan.

Peranti ini turut menyokong pensijilan IP66, IP68 dan IP69, sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, serta menjalankan Xiaomi HyperOS 3.

Xiaomi 17 Ultra China_1

Empat pilihan warna tersedia iaitu White, Black, Purple dan Green.

Xiaomi 17 Ultra Leica

Edisi Leica mengekalkan spesifikasi sama seperti model standard, tetapi menampilkan beberapa ciri tambahan.

Bahagian belakang hadir dengan reka bentuk dwi-rona, tekstur kulit dan kemasan matte, serta logo Leica yang lebih menyerlah.

Leica Camera Ring membolehkan kawalan fokus lebih tepat, dengan sensor dalaman yang dapat mengesan pergerakan sekecil 0.03mm.

Xiaomi 17 Ultra China_6

Edisi ini juga memperkenalkan teknologi CAI Photo Authenticity Protection pertama dalam industri mudah alih, dan dilengkapi sistem dual-satelit.

Harga dan ketersediaan

Untuk pasaran China, Xiaomi 17 Ultra akan mula dijual pada 27 Disember 2025 dengan harga seperti berikut:

Xiaomi 17 Ultra:

  • 12GB+512GB – RMB 6,999 (~RM4,018)
  • 16GB+512GB – RMB 7,499 (~RM4,305)
  • 16GB+1TB – RMB 8,499 (~RM4,879)

Xiaomi 17 Ultra by Leica:

  • 16GB+512GB – RMB 7,999 (~RM4,592)
  • 16GB+1TB – RMB 8,999 (~RM5,166)

Bagi pasaran global, peranti ini disahkan akan dilancarkan pada tahun depan.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Xiaomi HyperOS 3 Akan Tersedia Mulai Oktober, Ini Senarai Sokongan Peranti
  • Harga Telefon Pintar Dijangka Naik Tahun Depan - Xiaomi
  • HyperOS 3.0: Xiaomi Hampir Mendekati Pengalaman Ekosistem iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY