Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 17 pro

Harga Telefon Pintar Dijangka Naik Tahun Depan – Xiaomi

Diterbitkan November 20, 2025 · Dikemas kini November 20, 2025 oleh ariff bukhari

Xiaomi memberi amaran bahawa harga telefon pintar bakal meningkat pada tahun depan berikutan kos cip memori yang melonjak akibat permintaan tinggi daripada sektor kecerdasan buatan (AI).

Berdasarkan laporan Reuters, Presiden Xiaomi, Lu Weibing, menjelaskan bahawa kenaikan harga tidak mampu sepenuhnya menampung tekanan kos, namun pengguna tetap akan merasai kesannya.

““Secara keseluruhan, pengguna dijangka akan melihat kenaikan ketara dalam harga runcit produk. Sebahagian daripada tekanan itu mungkin perlu ditangani melalui kenaikan harga, tetapi kenaikan harga sahaja tidak akan mencukupi untuk menanganinya,” kata Pengerusi Xiaomi, Lu Weibing kepada pemberita dalam panggilan persidangan pendapatan pada hari Selasa, merujuk kepada peningkatan kos cip memori.

Dalam suku ketiga 2025, Xiaomi mencatat penghantaran 43.3 juta telefon pintar, mengekalkan kedudukan ketiga global dengan pegangan pasaran 13.6%.

Walaupun pertumbuhan unit agak sederhana, pendapatan kumpulan itu melonjak 22.3% kepada 113.1 bilion yuan, didorong oleh inisiatif kenderaan elektrik (EV) dan AI.

Keuntungan bersih turut meningkat 80.9% kepada 11.3 bilion yuan, melebihi jangkaan penganalisis.

Perniagaan EV Xiaomi juga semakin kukuh dengan 108,796 unit dihantar pada suku tersebut, termasuk SUV elektrik YU7 yang baru dilancarkan.

Segmen EV dan AI kini menyumbang 25% daripada keseluruhan pendapatan, malah buat pertama kali mencatat keuntungan operasi.

Walaupun saham Xiaomi susut 2.81% selepas laporan kewangan, ia masih naik 18.2% tahun ini.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • DJI Osmo Action 6 Dilancarkan, Harga Bermula RM2,079
  • Tempah Awal HONOR Magic8 Pro, Percuma Insta360 Ace Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY