Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiao Zhan as HONOR N Smartphone Global Ambassador

Xiao Zhan Kekal Duta Global, HONOR Lancar Siri Jelajah Siri 600 Di Putrajaya Dan Johor Bahru

Diterbitkan Mei 15, 2026 oleh Amsyar Latif

HONOR Malaysia hari ini mengumumkan kesinambungan kolaborasi bersama pelakon dan penyanyi antarabangsa terkemuka, Xiao Zhan, yang terus menggalas tanggungjawab sebagai Duta Global Telefon Pintar Siri N HONOR.

Perkongsian ini disifatkan sebagai gabungan ideal antara nilai estetika artis tersebut dengan keupayaan teknologi pengimejan kecerdasan buatan (AI) yang dibawakan melalui siri HONOR 600. Seiring dengan pengumuman itu, HONOR turut merancang untuk mengadakan dua siri jelajah promosi bagi siri peranti baharu tersebut yang akan berlangsung di Putrajaya dan Johor Bahru dalam masa terdekat.

HONOR 600 Series Roadshow Details

Siri jelajah pertama akan membuka tirainya di IOI City Mall, Putrajaya bermula 18 hingga 24 Mei ini. Orang ramai dijemput hadir untuk meneroka keupayaan siri HONOR 600 melalui zon pengalaman interaktif yang disediakan.

Pengunjung yang berjaya melengkapkan semua aktiviti di zon-zon tersebut berpeluang menebus pembesar suara Bluetooth HONOR secara percuma, tertakluk kepada ketersediaan stok. Selain itu, pengunjung juga boleh membawa pulang cenderamata percuma lain seperti model 3D dan pelekat penutup belakang telefon pintar bagi mereka yang berkongsi suasana acara di platform media sosial.

Jelajah ini membawakan tiga zon pengalaman utama yang memfokuskan kepada keupayaan teknologi AI Image to Video 2.0 serta ekosistem bersepadu HONOR.

Menerusi zon Sketch Your Dreams Live, pengunjung boleh melukis di papan putih dan melihat lakaran ringkas tersebut dihidupkan menjadi imej yang realistik menggunakan teknologi AI.

Zon Travel Around the World pula membolehkan pengunjung bergambar menggunakan kamera utama 200MP siri HONOR 600, di mana teknologi AI akan menyunting latar belakang gambar tersebut ke destinasi antarabangsa terpilih, dan pengguna boleh membawa pulang hasil cetakan foto berkenaan secara percuma.

Spend and Win at HONOR 600 Series Roadshow

Bagi menghargai sokongan pelanggan, HONOR turut mengadakan kempen cabutan bertuah Spend and Win dengan jumlah hadiah terkumpul bernilai RM127,000. Pelanggan yang membelanjakan minimum RM999 dalam satu resit di acara tersebut layak mendapat satu penyertaan cabutan bertuah, dengan peluang tambahan bagi setiap RM1,000 seterusnya (maksimum empat penyertaan).

Antara hadiah lumayan yang menanti pemenang termasuklah peranti HONOR Pad 10 WiFi, pencetak mudah alih, dan penggoreng udara (air fryer).

Selepas Putrajaya, siri jelajah HONOR 600 ini akan meneruskan destinasinya ke wilayah Selatan, bertempat di Paradigm Mall, Johor Bahru dari 2 hingga 7 Jun 2026.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • HONOR Magic Stories Awards 2026 Kini Bermula, Tawar Hadiah Telefon Lipat HONOR Untuk Pemenang
  • Siri HONOR 600 Kini Boleh Dimiliki Secara Percuma Melalui Telco Terpilih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
©2026 WISER.MY