Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR Magic Stories Awards 2026 Kini Bermula, Tawar Hadiah Telefon Lipat HONOR Untuk Pemenang

Posted on Mei 12, 2026

HONOR Malaysia kini sedang giat menjalankan HONOR Magic Stories Awards 2026, sebuah pertandingan fotografi mudah alih peringkat nasional yang bertujuan memartabatkan warisan budaya, landskap, dan kisah harian rakyat Malaysia ke peringkat global.

Inisiatif yang sudah pun bermula ini merupakan sebahagian daripada sokongan padu jenama tersebut terhadap kempen Melawat Malaysia 2026, dengan menggabungkan teknologi pengimejan pintar dan penceritaan visual.

Melalui enam tema utama iaitu landskap bandar, budaya, alam semula jadi, makanan, permata tersembunyi, dan haiwan, rakyat Malaysia kini boleh menghantar karya kreatif mereka menggunakan peranti HONOR untuk peluang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pertandingan ini menawarkan ganjaran lumayan kepada 21 pemenang yang mempamerkan kreativiti terbaik. Pemenang utama bagi kategori Photographer of the Year bakal membawa pulang telefon pintar skrin boleh lipat flagship, manakala kategori Master of Photography akan dihadiahkan unit HONOR Magic8 Pro.

Selain itu, pemenang bagi kategori Prestigious Photographers dan HONORable Photographers masing-masing akan menerima model HONOR 600 Pro dan HONOR 600.

Tempoh penyertaan masih dibuka sehingga 15 September 2026, di mana karya terpilih akan dipamerkan di pusat beli-belah utama serta berpeluang dicalonkan terus ke peringkat akhir HONOR Magic Stories Awards peringkat global.

Seiring dengan pertandingan tersebut, siri jelajah HONOR Magic Stories Photography Workshop juga telah memulakan langkahnya di lokasi ikonik seluruh negara.

Selepas bermula di Pulau Pinang baru-baru ini, bengkel ini akan diteruskan ke lokasi seterusnya seperti Rumah Singgora di Kelantan, Taman Negara di Pahang, serta Desa Dairy Farm di Sabah sebelum berakhir di Sarawak Cultural Village pada Julai nanti.

Peserta bengkel diberikan peluang keemasan untuk merasai sendiri keupayaan kamera flagship HONOR 600 Pro dalam merakam pelbagai subjek merangkumi seni bina, potret, dan alam semula jadi melalui bimbingan pakar secara praktikal.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress