Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 600 Pro Orange – 6

Siri HONOR 600 Kini Boleh Dimiliki Secara Percuma Melalui Telco Terpilih

Diterbitkan Mei 13, 2026 oleh Amsyar Latif

Siri HONOR 600 kini tersedia secara rasmi melalui rakan kerjasama telekomunikasi utama di Malaysia termasuk Maxis, redONE Mobile, U Mobile, dan Yes.

Penawaran ini membolehkan pengguna menaik taraf peranti mereka kepada model “flagship mampu milik” dengan pelbagai pelan menarik, malah ada yang menawarkan storan 512GB secara percuma melalui pelan terpilih.

Dengan ansuran bulanan bermula serendah RM27, HONOR menyasarkan untuk memudahkan akses kepada teknologi peranti mercu tanpa membebankan kewangan pengguna.

HONOR 600 Series Maxis Plan

Bagi pelanggan Maxis, model HONOR 600 boleh dimiliki secara percuma melalui pelan Maxis Postpaid, manakala varian HONOR 600 Pro ditawarkan pada harga ansuran RM40 sebulan.

HONOR 600 Series U Mobile Plan

Sementara itu, U Mobile turut menawarkan HONOR 600 tanpa sebarang bayaran peranti bagi pelanggan yang melanggan pelan ULTRA Family Postpaid. Bagi model 600 Pro pula, pengguna U Mobile boleh mendapatkannya dengan harga bermula RM53 sebulan di bawah pelan ULTRA Postpaid atau ULTRA Family.

HONOR 600 Series Yes Plan

Syarikat telekomunikasi Yes turut memberikan tawaran kompetitif di mana HONOR 600 tersedia secara percuma melalui pelan Infinite+ Premium, manakala model Pro pula ditawarkan pada harga serendah RM30 sebulan.

HONOR 600 Series redONE Plan

Bagi pengguna yang memilih rangkaian redONE Mobile, model HONOR 600 boleh dimiliki pada harga hanya RM599 dengan pendaftaran pelan pascabayar Device Pro 98. Tawaran-tawaran ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk memilih pakej ketersambungan dan peranti yang paling sesuai dengan bajet serta keperluan data mereka.

Siri HONOR 600 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Orange, Golden White, dan Black. Di pasaran terbuka, HONOR 600 Pro dijual pada harga RM3,099 (12GB+256GB) dan RM3,299 (512GB), manakala varian standard HONOR 600 (12GB+512GB) diletakkan pada harga RM2,599.

Selain melalui rakan telco, peranti ini juga boleh didapati di HONOR Experience Store serta platform e-dagang rasmi seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop di seluruh negara.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Siri HONOR 600 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM2,599
  • HONOR Magic Stories Awards 2026 Kini Bermula, Tawar Hadiah Telefon Lipat HONOR Untuk Pemenang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
©2026 WISER.MY