Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xbox Kini Ada Alat Kawalan Lebih Kecil, Ringan – Xbox Nano Controller

Xbox Kini Ada Alat Kawalan Lebih Kecil, Ringan – Xbox Nano Controller

Diterbitkan Oktober 15, 2026 oleh Amalina Athman

Microsoft kini memperkenalkan Xbox Nano Controller, alat kawalan permainan bersaiz kompak yang direka untuk mudah dimuatkan dalam poket dan dibawa ke mana-mana.

Dengan panjang sedikit melebihi 5-inci dan berat kira-kira 99gram, Xbox Nano Controller merupakan alat kawalan paling kecil yang pernah dikeluarkan Xbox. Saiznya juga lebih pendek dan ringan berbanding kebanyakan telefon pintar, serta sesuai untuk pemain muda atau pengguna yang mempunyai tangan lebih kecil.

Xbox Nano Controller_01

Walaupun bersaiz kecil, alat kawalan ini masih mengekalkan kesemua 18 input kawalan permainan. Dengan sokongan XBOX Wireless dan Bluetooth, alat kawalan ini boleh disambungkan kepada pelbagai peranti yang serasi.

Xbox Nano Controller_02

Xbox Nano Controller turut dilengkapi bateri yang boleh dicas semula, dengan pengecasan menggunakan kabel USB-C yang dijual secara berasingan.

Xbox Nano Controller_06

Selain itu, alat kawalan ini mempunyai Action Button yang boleh diprogramkan mengikut keperluan pengguna, termasuk untuk mengambil tangkapan skrin, merakam permainan dan mengakses pintasan lain yang kerap digunakan.

Xbox Nano Controller_04
Xbox Nano Controller_05

Di Amerika Syarikat, Xbox Nano Controller ditawarkan pada harga AS$49.99 (~RM204). Prapesan dibuka melalui Amazon, Walmart dan laman rasmi Microsoft, dengan ketersediaan dijadualkan bermula November 2026.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Game Buatan Malaysia Ini Bakal Tiba Di Platform PS5, Xbox, Nintendo Dan PC
  • ROG XBOX Ally X20 Bundle Dibuka Untuk Pra-Tempah Di Malaysia, Harga RM10,999
  • Xbox Perkenal 'XP' Untuk Kembangkan Francaisnya Di Luar Permainan Video

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY