Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Game Buatan Malaysia Ini Bakal Tiba Di Platform PS5, Xbox, Nintendo Dan PC

Game Buatan Malaysia Ini Bakal Tiba Di Platform PS5, Xbox, Nintendo Dan PC

Diterbitkan September 14, 2026 · Dikemas kini September 14, 2026 oleh ariff bukhari

Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan, judul permainan terbaharu terbitan mereka, Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale bakal dilancarkan tahun depan.

Apa yang membanggakan adalah permainan ini adalah hasil buah tangan syarikat Malaysia, Metronomik yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale adalah sebuah permainan aksi teka-teki berirama.

Terinspirasi daripada budaya Asia Tenggara, permainan ini mengisahkan perjalanan Kaya, seorang gadis yang ingin menjadi Worldbuilder seperti ibu bapanya.

Game Buatan Malaysia Ini Bakal Tiba Di Platform PS5, Xbox, Nintendo Dan PC

Untuk mencapai impian itu, Kaya perlu mengumpul Giants seluruh dunia dan melaksanakan Renewal Ritual bagi menghidupkan semula rasa dunia.

Dengan sudu ajaib dan kuasa unik Ondeh, Kaya berdepan teka-teki, makhluk pelik serta cabaran yang memerlukan keberanian.

Dengan muzik menjadi nadi utama, setiap rentak membuka laluan baharu dan memperkuatkan kuasa Kaya.

Ondeh Ondeh Kaya’s Tasty Tale bakal tiba pada tahun 2027 di konsol PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2 dan PC (Steam) dengan harga yang akan diumumkan kemudian.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Hideo Kojima Lari Ke Xbox, Tak Sangka PlayStation Batalkan Projek
  • ROG G1000 Tiba Di Malaysia, Desktop Gaming Berharga RM29,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY