Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xbox Series X Malaysia_1

Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800

Diterbitkan Oktober 21, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 21, 2026 oleh Amsyar Latif

Konsol Xbox generasi seterusnya, yang dikenali sebagai Project Helix, dilaporkan mungkin dijual pada harga antara AS$1,200 hingga AS$1,800, dengan pelancaran disasarkan menjelang penghujung 2028.

Menurut laporan Fortune, anggaran tersebut berdasarkan unjuran harga dalaman Microsoft bagi konsol baharunya.

Bagaimanapun, harga berkenaan belum dimuktamadkan dan berpotensi menjadi lebih rendah sekiranya Microsoft memutuskan untuk menanggung sebahagian kos perkakasan.

Laporan itu turut menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Xbox, Asha Sharma, merancang untuk memperkenalkan peranti permainan mudah alih Xbox generasi baharu menjelang musim cuti akhir tahun 2027, diikuti Project Helix pada penghujung 2028.

Project Helix Bakal Gabungkan Permainan Xbox Dan PC

Sebelum ini, Microsoft telah mengesahkan bahawa Project Helix sedang dibangunkan dengan kerjasama AMD.

Menurut Xbox Wire, konsol tersebut direka untuk menjalankan permainan Xbox dan PC, menggunakan cip AMD yang dibangunkan khusus bagi menawarkan peningkatan prestasi grafik serta teknologi ray tracing.

Microsoft juga merancang menyediakan perkakasan versi awal kepada pembangun bermula 2027.

Selain perkakasan, Fortune melaporkan Microsoft sedang merancang perubahan besar terhadap Xbox Game Pass, termasuk pilihan langganan yang membolehkan pengguna memilih ciri tambahan seperti permainan konsol, cloud gaming dan mod berbilang pemain.

Namun, perancangan tersebut masih belum diumumkan secara rasmi.

Kos Komponen Semakin Meningkat

Anggaran harga Project Helix yang tinggi muncul ketika industri teknologi berdepan peningkatan kos komponen, termasuk RAM dan storan, susulan permintaan besar daripada sektor kecerdasan buatan (AI).

Sebelum ini, kami turut melaporkan bahawa harga PlayStation 6 (PS6) mungkin melebihi AS$1,000 akibat kenaikan kos RAM dan SSD.

Bagaimanapun, anggaran harga PS6 itu juga masih bersifat spekulasi.

Setakat ini, Microsoft belum mengumumkan harga, spesifikasi penuh atau tarikh pelancaran rasmi Project Helix. Angka AS$1,800 yang dilaporkan Fortune masih merupakan unjuran dalaman dan tidak semestinya mencerminkan harga jualan akhir.

Berkaitan

  • Xbox Kini Ada Alat Kawalan Lebih Kecil, Ringan - Xbox Nano Controller
  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY