Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Xbox Ally

Konsol Xbox Generasi Baharu Akan Lebih Premium, Mungkin Hibrid PC Dan Konsol

Diterbitkan Oktober 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Presiden Xbox, Sarah Bond, menegaskan bahawa konsol generasi baharu Xbox sedang dibangunkan, sekali gus menepis khabar angin bahawa Microsoft akan meninggalkan pasaran konsol. Dalam temu bual bersama Mashable, Bond menggambarkan konsol seterusnya sebagai “sangat premium, berprestasi tinggi dan pengalaman yang direka khas untuk pengguna”, memberi petunjuk bahawa ia mungkin akan menjadi antara konsol paling mahal pernah dihasilkan Xbox.

Walaupun Bond tidak mendedahkan sebarang spesifikasi atau reka bentuk, beliau menjelaskan bahawa arah pembangunan ROG Xbox Ally X, peranti mudah alih hasil kerjasama ASUS dan Microsoft, menunjukkan sedikit sebanyak hala tuju Xbox pada masa depan.

Menurut laporan The Verge dan Mashable, Microsoft dilihat sedang menuju ke arah konsol hibrid antara PC dan konsol tradisional yang membolehkan pemain mengakses permainan dari pelbagai platform seperti Steam, GOG dan Xbox Game Pass dalam satu ekosistem.

Konsol ini juga dijangka menggunakan cip AMD serta mengekalkan keserasian dengan pustaka permainan Xbox sedia ada.

Langkah ini selaras dengan strategi Microsoft untuk menjadikan Windows sebagai platform utama permainan video. Syarikat itu kini bekerjasama rapat dengan AMD dalam membangunkan portfolio baharu peranti Xbox yang lebih terbuka dan bersepadu.

Bond turut menjelaskan bahawa matlamat utama mereka ialah menawarkan pengalaman permainan yang tidak terikat kepada satu peranti atau gedung.

Pendekatan ini menggambarkan hala tuju industri ke arah ekosistem terbuka dan integrasi rentas platform.

Walaupun belum ada tarikh pelancaran rasmi, laporan awal menjangkakan konsol generasi baharu Xbox akan diperkenalkan sekitar tahun 2027 dengan peningkatan teknikal terbesar dalam sejarah perkakasan Xbox.

Berkaitan

  • Tak Perlu Buka Banyak App Lagi, Xbox PC Kini Gabung Semua 'Game'
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pelan Baharu Xbox Game Pass Diumumkan – Essential, Premium Dan Ultimate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY