Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PlayStation featured_

Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD

Diterbitkan Oktober 19, 2026 · Dikemas kini Oktober 19, 2026 oleh Amsyar Latif

Harga PlayStation 6 (PS6) berkemungkinan melebihi AS$1,000 susulan peningkatan kos RAM dan storan SSD yang semakin tinggi, didorong oleh permintaan besar daripada industri kecerdasan buatan (AI).

Berdasarkan laporan Video Games Chronicle (VGC), pembocor maklumat perkakasan KeplerL2 mendakwa kos RAM dan storan NAND untuk konsol generasi seterusnya Sony itu sahaja kini melebihi AS$680 bagi setiap unit.

Dakwaan tersebut dibuat menerusi forum NeoGAF, dengan KeplerL2 menyatakan kos kedua-dua komponen itu jauh lebih rendah ketika Sony memuktamadkan reka bentuk konsol berkenaan.

Angka AS$680 itu belum termasuk kos pemproses, papan induk, sistem penyejukan, bekalan kuasa dan komponen lain yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah PS6.

Berkaitan

  • Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul 
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750

Permintaan AI Dorong Kenaikan Kos Memori

KeplerL2 turut mendakwa harga memori GDDR7 yang pada awalnya dianggarkan sekitar AS$3 bagi setiap GB kini meningkat kepada sekitar AS$20 hingga AS$23 bagi setiap GB.

Peningkatan tersebut dikaitkan dengan permintaan tinggi terhadap cip memori daripada pusat data AI, yang turut memberi tekanan kepada bekalan komponen untuk peranti pengguna.

Sekiranya anggaran kos tersebut tepat, Sony mungkin berdepan cabaran untuk menetapkan harga PS6 pada tahap yang mampu menarik pembeli.

Bagaimanapun, harga jualan melebihi AS$1,000 masih merupakan spekulasi, bukannya angka yang telah diumumkan Sony.

Penganalisis industri juga mempunyai pandangan berbeza. Ada yang menjangkakan konsol generasi seterusnya akan melepasi AS$1,000, manakala sebahagian lagi percaya model asas masih boleh ditawarkan di bawah harga tersebut.

Selain itu, spesifikasi PS6 masih belum disahkan, termasuk kapasiti RAM dan storan yang bakal digunakan.

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Sony masih belum menetapkan tarikh pelancaran rasmi PS6, dengan kekurangan komponen dan peningkatan kos perkakasan antara faktor yang boleh mempengaruhi perancangan syarikat.

Setakat ini, Sony masih belum mengumumkan spesifikasi, harga mahupun tarikh pelancaran rasmi konsol generasi baharunya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
©2026 WISER.MY