Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
XBOX Mode Windows 11

Xbox Mode Untuk Windows 11 Kini Tersedia, Bawa Pengalaman Konsol Ke PC

Diterbitkan Mei 1, 2026 oleh Amsyar Latif

Microsoft kini telah memulakan pelancaran Xbox mode (sebelum ini dikenali sebagai full screen experience) kepada pengguna PC Windows 11, termasuk komputer riba, desktop, dan tablet di pasaran terpilih.

Ciri baharu ini direka khusus untuk membawakan antara muka yang dioptimumkan bagi penggunaan alat kawalan (controller), sekali gus memberikan pengalaman seakan menggunakan konsol Xbox terus pada peranti Windows.

xbox mode full screen experience

Melalui Xbox mode, pengguna boleh menikmati antara muka skrin penuh yang lebih kemas, di mana perpustakaan permainan dan judul yang baru dimainkan diletakkan pada kedudukan yang mudah dicapai.

Sistem ini juga berfungsi sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan katalog penuh daripada Xbox Game Pass serta permainan yang dipasang melalui gedung pihak ketiga yang lain. Mirip yang ada pada ROG Xbox Ally.

xbox mode switch window Large

Pengguna diberikan fleksibiliti untuk bertukar antara Xbox mode dan desktop Windows 11 pada bila-bila masa, membolehkan kawalan permainan yang lebih imersif tanpa gangguan latar belakang yang biasa terdapat pada sistem operasi desktop.

Pembangunan Xbox mode ini banyak dipengaruhi oleh maklum balas pengguna daripada peranti handheld Windows, yang kemudiannya diadaptasi untuk skrin PC yang lebih besar.

Walaupun ia memberikan pengalaman ala konsol, ciri ini tetap mengekalkan keterbukaan platform Windows, membolehkan pemain menikmati kemudahan antara muka konsol tanpa kehilangan fleksibiliti yang ada pada PC gaming.

Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang bagi memastikan kestabilan sistem buat semua pengguna.

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan akses seawal mungkin, mereka disarankan untuk mengaktifkan pilihan “Get the latest updates as soon as they are available” di bahagian tetapan Windows Update pada peranti Windows 11 masing-masing.

Berkaitan

  • (Ulasan) ROG Xbox Ally - Handheld PC Gaming Pertama Yang Buat Saya Rasa Macam Konsol
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Isu Semakan Lesen 30 Hari Hanya Berlaku Sekali Sahaja - Sony

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY