Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dune awakening konsol

Dune: Awakening Tiba Di PS5 Dan Xbox September Ini – Sedia Ditawarkan Melalui Xbox Game Pass

Diterbitkan Jun 4, 2026 oleh Amsyar Latif

Pembangun dan penerbit permainan video, Funcom, secara rasmi telah mengumumkan bahawa permainan Open World Survival popular mereka, Dune: Awakening, dijadualkan bakal menemui pemain di platform PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada 22 September 2026.

Pelancaran ini membawakan versi definitif yang telah dipertingkatkan hasil daripada maklum balas versi PC sepanjang tahun lalu. Sesi pra-tempahan kini mula dibuka di stor digital konsol masing-masing pada harga bermula $49.99 (RM198.21) untuk edisi standard, $69.99 (RM277.51) bagi edisi Deluxe, dan $89.99 (RM356.81) untuk edisi Ultimate.

Versi konsol bagi permainan yang diinspirasikan daripada francais filem blockbuster Dune ini direka untuk menyasarkan prestasi optimum 60fps melalui Mod Prestasi pada PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Melalui pelancaran ini, Funcom memperkenalkan pengoptimuman antara muka serta sistem kawalan yang mesra konsol.

Antara pembaharuan paling utama yang dibawakan termasuklah pengenalan mod pemain tunggal (single-player) sepenuhnya yang membolehkan pengguna menamatkan keseluruhan naratif Buku Satu secara solo.

Dalam mod ini, pemain diberikan kebebasan mutlak untuk mengubah suai tahap kesukaran pertempuran, kadar pengumpulan sumber, serta pelarasan ganjaran mata pengalaman (XP).

Bagi ekosistem multi-pemain pula, Funcom menambah baik kualiti permainan (quality of life). Ia merangkumi pengenalan mod PvE pilihan bagi pemain yang ingin mengelak daripada elemen PvP, penambahan lokasi peta baharu, serta alat pembinaan semula pangkalan bagi mengelakkan risiko kehilangan progres kemajuan apabila pemain tidak log masuk.

Menambah nilai kepada ekosistem Microsoft, Dune: Awakening disahkan bakal tersedia secara terus di dalam perkhidmatan langganan Xbox Game Pass bermula pada hari pertama pelancaran.

Peranti konsol pegang seperti ROG Xbox Ally serta platform awan Xbox Cloud Gaming, GeForce Now, dan Steam Deck turut disahkan menyokong sepenuhnya kelancaran pengoperasian permainan survival Arrakis ini.

Berkaitan

  • Langganan PlayStation Plus Di Malaysia Turut Naik Harga
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • ASUS Umum ROG XBOX Ally X20 Bundle – Skrin OLED 7.4 Inci, Rekaan Lut Sinar, Cermin Mata AR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
©2026 WISER.MY