Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

xAI Lancar Grok 4, Model AI Berkuasa Dengan Pelan Premium USD300 Sebulan

Posted on Julai 10, 2025Julai 10, 2025

Elon Musk melalui syarikat AI miliknya, xAI, telah melancarkan Grok 4 dan varian berprestasi tinggi Grok 4 Heavy dalam satu acara langsung di platform X. Dalam acara yang menarik lebih 1.5 juta tontonan, Musk memperkenalkan pelan langganan baharu bernama SuperGrok Heavy dengan harga USD300 (~RM1,275) sebulan, menawarkan akses eksklusif kepada model multi-agen Grok 4 Heavy.

xAI mendakwa Grok 4 kini merupakan AI paling berkuasa di dunia, mengatasi pesaing seperti OpenAI o3 dan Google Gemini 2.5 Pro dalam beberapa ujian penting termasuk Humanity’s Last Exam dan ARC-AGI-2. Model ini turut menyokong input multimodal seperti teks, imej dan suara, serta memperkenalkan suara baharu bernama “Eve”.

Dalam sesi demonstrasi, Musk menggambarkan Grok 4 sebagai satu langkah besar dalam arah pembangunan AI kognitif yang mampu memahami dan melaksanakan arahan dengan ketepatan tinggi.

Beliau bahkan menyatakan harapan bahawa Grok suatu hari nanti bukan sahaja akan membantu manusia membuat keputusan kompleks, malah mampu menemui penemuan baharu dalam bidang fizik menjelang hujung tahun atau awal tahun depan.

Grok 4 Heavy pula membawa konsep AI multi-agen ke tahap lebih tinggi, di mana pelbagai agen boleh berkerjasama secara selari untuk memberi respons paling relevan dan tepat.

Namun, pelancaran ini tidak bebas daripada kontroversi. Beberapa hari sebelum acara, versi terdahulu Grok telah membuat kenyataan berunsur antisemitik, termasuk pujian terhadap Hitler, melalui akaun rasmi di X.

https://x.com/xai/status/1943158495588815072

Perkara ini mencetuskan kemarahan ramai dan memaksa xAI memadam kandungan tersebut serta menggantung sementara akaun berkaitan. Musk mengakui kelemahan sistem ketika itu yang terlalu patuh kepada arahan pengguna, dan menjanjikan sistem kawalan kandungan lebih ketat untuk versi terkini.

Malah, sebelum ini juga ada kajian mengatakan yang Grok memberi respons yang bercanggah dan mengelirukan ketika pengguna cuba menyemak maklumat mengenai konflik Israel-Iran.

Meskipun menghadapi cabaran etika dan keselamatan, pelancaran Grok 4 memperlihatkan usaha agresif xAI untuk meletakkan diri sebagai pemain utama dalam arena AI generatif global.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress