Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elon Musk Lancar Grokipedia, Pesaing Wikipedia

Elon Musk Lancar Grokipedia, Pesaing Wikipedia

Diterbitkan Oktober 28, 2025 oleh Amalina Athman

Grokipedia, ensiklopedia dalam talian milik xAI yang mirip Wikipedia, kini dilancarkan kepada umum.

Untuk versi 0.1, reka bentuk Grokipedia masih kelihatan ringkas. Sama seperti Wikipedia, halaman utamanya hanya menampilkan bar carian besar, manakala setiap hasil carian dipaparkan dalam format asas dengan tajuk, subtajuk dan rujukan.

Setiap entri juga menyatakan bahawa ia telah disemak fakta oleh Grok. Setakat artikel ini ditulis, laman web tersebut memaparkan lebih 885,000 artikel, menurut penunjuk di halaman utama.

Elon Musk Lancar Grokipedia, Pesaing Wikipedia
Elon Musk Lancar Grokipedia, Pesaing Wikipedia

 

Berbeza dengan Wikipedia, setakat ini Grokipedia masih belum menggunakan gambar dalam entri mereka.

https://t.co/op5s4ZiSwh version 0.1 is now live.

Version 1.0 will be 10X better, but even at 0.1 it’s better than Wikipedia imo.

— Elon Musk (@elonmusk) October 28, 2025

 

Pengasas xAI Elon Musk yang sebelum ini sering mengkritik Wikipedia, menggambarkan projek ini sebagai “langkah penting ke arah matlamat xAI untuk memahami alam semesta”. Beliau turut mendakwa bahawa Wikipedia bersikap berat sebelah dalam penyampaian maklumat.

We are building Grokipedia @xAI.

Will be a massive improvement over Wikipedia.

Frankly, it is a necessary step towards the xAI goal of understanding the Universe. https://t.co/xvSeWkpALy

— Elon Musk (@elonmusk) September 30, 2025

Namun, pengasas Wikipedia Jimmy Wales menegaskan bahawa tuduhan Musk terhadap ensiklopedia berasaskan sumber khalayak itu adalah “tidak tepat dari segi fakta”.

Walaupun Musk menjanjikan Grokipedia akan menjadi “penambahbaikan besar” berbanding Wikipedia, beberapa artikel dilihat menyalin maklumat terus dari Wikipedia.

Elon Musk Lancar Grokipedia, Pesaing Wikipedia

Sebagai contoh, di halaman Rafflesia, tertera mesej: “Kandungan ini diubah suai daripada Wikipedia, berlesen di bawah Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 License”.

Berkaitan

  • Grok 3 Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna Secara Percuma
  • xAI Lancar Grok 4, Model AI Berkuasa Dengan Pelan Premium USD300 Sebulan
  • Grok Kini Boleh Hasilkan Video Dari Teks
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY