Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ultra KV

vivo X300 Ultra Dengan Kamera 200MP Bertaraf Filem Dilancar, Harga Hampir Cecah RM10,000

Diterbitkan Mei 14, 2026 · Dikemas kini Mei 14, 2026 oleh ariff bukhari

vivo Malaysia memperkenalkan vivo X300 Ultra, apa yang vivo nyatakan sebagai telefon flagship pengimejan terunggul yang mentakrif semula sinematografi mudah alih.

Dilengkapi ZEISS Master Lenses Collection, ia menampilkan tiga lensa utama iaitu  ZEISS Ultra-Wide 14mm (50MP), Documentary 35mm , dan Gimbal-Grade APO Telephoto 85mm ( dengan sensor 200MP), menjanjikan hasil visual bertaraf profesional.

all new telephoto extenders 2

Dengan sokongan ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dan Gen 2 Ultra, pengguna boleh mencapai jarak fokus sehingga 400mm, menjadikan rakaman jarak jauh lebih tajam dan stabil.

vivo X300 Ultra turut menyokong rakaman Multi-Focal 4K 120fps Dolby Vision dan 10-bit Log Video, membolehkan pencipta kandungan menghasilkan video sinematik dengan warna semula jadi dan kedalaman dinamik tinggi.

all new telephoto extenders 3

Dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Elite Gen 5 dan Pro Imaging Chip VS1+, ia menawarkan prestasi unggul serta penyejukan cecair untuk rakaman yang lama.

Dengan skrin rata 2.5D bersaiz 6.82 inci (2K ZEISS Master Color Display), kadar segar 144Hz dan kecerahan amksimum 4500 nits, sekali gus memastikan “apa yang dirakam adalah apa yang dilihat” anda.

Dimuatkan dengan bateri BlueVolt 6600mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W FlashCharge dan 40W Wireless Charge, menjadikan X300 Ultra pilihan utama untuk pencipta profesional yang mahukan kuasa, kestabilan dan kualiti sinematik dalam satu peranti.

Ditawar dengan harga jualannya bermula dari RM5,899, harga X300 Ultra (bagi varian tertinggi 32GB RAM + storan 1TB) boleh mencecah hampir RM10,000 untuk edisi istimewa kit fotografi.

Ultra Preorder KV 2 (Portrait)
Ultra Preorder KV 1 (Portrait)

Beli vivo X300 Ultra dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clngdte
  • Lazada – https://invl.me/clngdth

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Garmin Lancar Forerunner 70 Dan 170, Jam Pintar Larian Baharu Berharga Dari RM1,119
  • vivo X300 FE Rasmi Di Malaysia, Dipacu Snapdragon® 8 Gen 5, Harga Bermula RM3,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY