Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FE KV

vivo X300 FE Rasmi Di Malaysia, Dipacu Snapdragon® 8 Gen 5, Harga Bermula RM3,299

Diterbitkan Mei 14, 2026 · Dikemas kini Mei 14, 2026 oleh ariff bukhari

vivo Malaysia sebentar tadi baru sahaja memperkenalkan vivo X300 FE, telefon flagship ringan yang direka untuk pengalaman konsert, fotografi profesional dan kegunaan harian.

Dilengkapi sistem pengimejan hasil kerjasama ZEISS, ia menampilkan kamera utama 50MP, kamera 50MP MP ZEISS Super Telephoto dengan sokongan kit ZEISS Telephoto Extender Gen 2, serta kamera ultra-lebar 110°.

FE KSP
Kit ZEISS Telephoto Extender Gen 2 ini membolehkan rakaman jarak jauh setara 200mm dengan kejelasan imej tinggi dan warna semula jadi, sesuai untuk konsert dan acara langsung.

Dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 5, vivo X300 FE menawarkan prestasi pantas, penyejukan cecair VC 4005mm², serta bateri BlueVolt 6500mAh dengan pengecasan pantas 90W dan 40W mod pengecasan tanpa wayar.

FE Mist Purple
Reka bentuk vivo X300 FE nipis (7.99mm) dan ringan (191g), dengan paparan 6.31 inci serta kemasan logam matte yang elegan.

vivo X300 FE hadir dalam warna Mist Purple, Glow White, dan Luxe Black, dengan konfigurasi 24GB + 256GB dan 24GB + 512GB.

Dengan harga jualannya bermula dari RM3,299, pra-tempahan sudah pun dibuka sehingga 22 Mei 2026 dengan turut disertakan hadiah eksklusif seperti JBL Speaker, vivo Buds Pro, dan vivo Care.

FE Preorder KV 1
FE Preorder KV 2

Beli vivo X300 FE dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clngdte
  • Lazada – https://invl.me/clngdth

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • vivo V70 FE Dilancar – Kamera 200MP, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM1,599
  • Pra-Tempah vivo X300 Ultra & FE Kini Dibuka, Tawar Rebat Tunai RM900 Dan Ganjaran Eksklusif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY