Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unnamed (8)

Garmin Lancar Forerunner 70 Dan 170, Jam Pintar Larian Baharu Berharga Dari RM1,119

Diterbitkan Mei 14, 2026 oleh ariff bukhari

Garmin Malaysia memperkenalkan jam tangan pintar larian terbaharu, Forerunner 70 dan Forerunner 170 yang direka khas untuk membantu pelari menerusi ciri-ciri penting bagi memulakan atau mendalami rutin latihan larian mereka.

Kedua-dua model hadir dengan paparan AMOLED 1.2 inci yang terang, skrin sentuh responsif, dan reka bentuk tradisional 5-butang untuk kemudahan tambahan.

Ia semestinya juga dilengkapi dengan ciri premium seperti GPS terbina , kadar degupan jantung berdasarkan pergelangan tangan, dan akses kepada metrik kesihatan 24/7 seperti penjejakan tidur, status HRV, serta lebih 80 aplikasi sukan termasuk berenang dan latihan kekuatan.

Garmin Lancar Forerunner 70 Dan 170, Jam Pintar Larian Baharu Berharga Dari RM1,119

Forerunner 70 menawarkan hayat bateri sehingga 13 hari dalam mod smartwatch, termasuk ‘Daily Suggested Workouts‘ dan pelan latihan adaptif Garmin Coach.

Sementara model Forerunner 170 pula dilengkapi dengan fungsi pembayaran tanpa sentuh Garmin Pay, serta juga tersedia dalam versi Forerunner 170 Music yang membolehkan pengguna memuat turun lagu untuk didengar tanpa telefon untuk disambungkan terus bersama fon kepala/telinga.

Garmin Lancar Forerunner 70 Dan 170, Jam Pintar Larian Baharu Berharga Dari RM1,119
Kedua-dua model Forerunner 170 menawarkan hayat bateri sehingga 10 hari.
Garmin Lancar Forerunner 70 Dan 170, Jam Pintar Larian Baharu Berharga Dari RM1,119

Siri Forerunner ini akan mula dijual pada 29 Mei 2026. Harga runcit yang disyorkan ialah RM1,119 untuk Forerunner 70, RM1,349 untuk Forerunner 170, dan RM1,549 untuk Forerunner 170 Music.

Beli barisan jam pintar Siri Forerunner baharu ini dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clngd3o
  • Lazada – https://invl.me/clngd3n

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • HUAWEI WATCH GT Runner 2 Kini Di Malaysia - Jam Tangan Pintar Untuk Pelari, Harga RM1,499
  • Amazfit Cheetah 2 Pro Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,099

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY