Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
X-59 Hampiri Kelajuan Bunyi Tanpa “Sonic Boom”

X-59 Hampiri Kelajuan Bunyi Tanpa “Sonic Boom”

Diterbitkan April 20, 2026 · Dikemas kini April 20, 2026 oleh ariff bukhari

NASA terus mempercepatkan pembangunan pesawat supersonik senyap, X-59, menerusi ujian penerbangan terkini di bawah misi Quesst.

NASA menyfatkan pencapaian ini sebagai salah satu peristiwa penting untuk misi Questt dan langkah penting dalam kempen ujian pesawat, yang bertujuan untuk membolehkan penerbangan supersonik komersial yang senyap.

Dalam ujian terbaru itu, pesawat ini telah berjaya mencapai altitud lebih tinggi dan kelajuan lebih pantas berbanding sebelum ini, menghampiri kelajuan bunyi tanpa menghasilkan efek bunyi “sonic boom” kuat yang biasa dihasilkan pesawat supersonik.

Pesawat itu mencapai altitud 43,000 kaki (sebelum ini 32,000 kaki) pada kelajuan 528 hingga 627 mph atau ~850 hingga 1,009 km/j (kira-kira Mach 0.8 hingga 0.95 dalam keadaan tersebut).

Reka bentuk unik X-59 telah membolehkan bunyi dentuman supersonik dikurangkan kepada bunyi “thump” yang jauh lebih senyap, sekali gus membuka potensi penerbangan supersonik di daratan yang sebelum ini dilarang.

X-59 Hampiri Kelajuan Bunyi Tanpa “Sonic Boom”
Pesawat supersonik senyap X-59 NASA dalam penerbangan pertamanya pada 3 April 2026, dari Pusat Penyelidikan Penerbangan Armstrong NASA di Edwards, California.

Setakat ini, ujian juga melibatkan penerbangan dengan gear pendaratan ditarik sepenuhnya bagi menilai prestasi aerodinamik sebenar pesawat.

Misi Quesst NASA yang menampilkan pesawat X-59 akan menunjukkan teknologi untuk menerbangkan pesawat supersonik, atau lebih pantas daripada kelajuan bunyi, tanpa menghasilkan dentuman sonik yang kuat.

NASA merancang untuk mengumpul maklum balas orang awam terhadap bunyi ini dan menyerahkannya kepada pengawal selia global.

Matlamat akhirnya adalah menetapkan standard baharu bagi membolehkan penerbangan komersial supersonik kembali beroperasi secara meluas pada masa depan.

Berkaitan

  • NASA Percepat Usaha Bangunkan Reaktor Nuklear Di Bulan, Marikh
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Satu-Satunya Di Malaysia, Terowong Angin UTM Setaraf Boeing Dan NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY