Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Satu-Satunya Di Malaysia, Terowong Angin UTM Setaraf Boeing Dan NASA

Satu-Satunya Di Malaysia, Terowong Angin UTM Setaraf Boeing Dan NASA

Diterbitkan Januari 16, 2026 · Dikemas kini Januari 16, 2026 oleh ariff bukhari

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia memiliki fasiliti terowong angin sendiri dan ia terletak di dalam Pusat Penyelidikan Aeronautik Universiti Teknologi Malaysia (UTM Aerolab).

UTM Aerolab merupakan satu-satunya fasiliti terowong angin subsonik di Malaysia yang diiktiraf dunia.

Sejarahnya bermula seawal tahun 1981 lagi apabila UTM menjadi universiti pertama menawarkan program aeronautik di Malaysia.

Malah pada 2002, ia telah diiktiraf dunia apabila menjadi ahli penuh Subsonic Aerodynamic Testing Association (SATA), sekali gus meletakkan fasiliti ni setaraf dengan kemudahan terowong angin milik syarikat antarabangsa seperti Boeing dan NASA.

Satu-Satunya Di Malaysia, Terowong Angin UTM Setaraf Boeing Dan NASA
(Dari kiri ke kanan) Pengarah UTM Aerolab, Prof. Madya Ir. Dr. Shabudin Mat, bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini Ahmad, Pengerusi Penyelidikan Bersekutu, Prof. Dr. Mohd Farid bin Muhamad Said dan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim.

Terletak di UTM Johor Bahru, fasiliti ini berfungsi sebagai aset strategik negara dalam pengajaran, penyelidikan, ujian, konsultansi dan kerjasama industri.

Dengan saiz 180 kaki x 75 kaki, UTM Aerolab merupakan antara terowong angin terbesar dan paling moden di Asia Tenggara.

Aerolab menjalankan kajian dalam bidang UAV, avionik, pembakaran enjin, reka bentuk struktur pesawat serta simulasi komputer.

Sepanjang tempoh penubuhannya, UTM Aerolab turut menerima dana penyelidikan daripada kementerian, universiti dan industri, serta memberi khidmat kepada agensi kejuruteraan antarabangsa.

Satu-Satunya Di Malaysia, Terowong Angin UTM Setaraf Boeing Dan NASA
Fasiliti terowong angin di UTM mencecah kira-kira 180 kaki x 75 kaki.
UTM Aerolab

Antara kerjasama antarabangsa yang telah dijalinkan termasuklah dengan Indonesian Low Speed Wind Tunnel (ILST), institusi kejuruteraan aeroangkasa di Perancis serta universiti teknikal di Turkiye, melibatkan penyelidikan bersama, pertukaran kepakaran dan pembangunan teknologi aeronautik.

Satu-Satunya Di Malaysia, Terowong Angin UTM Setaraf Boeing Dan NASA
Satu-Satunya Di Malaysia, Terowong Angin UTM Setaraf Boeing Dan NASA

Pada Disember 2020, Makmal Aeronautik UTM telah dinaik taraf sebagai pusat penyelidikan dan seterusnya diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (Centre of Excellence, COE) pada tahun 2026,.

Penubuhan dan pembangunan UTM Aerolab sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam penyelidikan aeroangkasa serantau.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Penapis Air Poket Ciptaan UTM Ini Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM99
  • Cermin Mata Pintar Xiaomi Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Dari RM799

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY