Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android users can now verify World ID through credentials, unlocking limitless access to the World Network

World Network Lancar Sokongan Android Untuk World ID Credentials Di Malaysia

Diterbitkan Februari 7, 2025 · Dikemas kini Februari 7, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas melancarkan dulu untuk platform iOS pada November 2024 lepas, World Network hari ini secara rasmi mengumumkan aplikasi World ID Credentials untuk peranti Android di Malaysia pula.

World ID Credential membolehkan pengguna menghubungkan dokumen pengenalan sah seperti pasport secara selamat kepada ID mereka, sekali gus meningkatkan keselamatan dan privasi.

Perkhidmatan ini pertama kali dilancarkan pada iOS di Korea, Malaysia, Colombia, dan Chile pada November tahun lalu.

Kini, ia tersedia di Android, memperluaskan capaian kepada jutaan pengguna di seluruh dunia.

Data terbaru daripada Tools For Humanity (TFH) menunjukkan pertumbuhan pesat dalam ekosistem Mini Apps World, dengan kira-kira 3.8 juta pembukaan harian, 6.7 juta paparan harian, dan 3.4 juta pengesahan World ID setiap minggu.

“Pengembangan sokongan Android untuk World ID Credentials adalah pencapaian penting dalam usaha menjadikan World Network lebih mudah diakses secara global,” kata Ajay Patel, Ketua World ID, Tools for Humanity.

Bagi pembangun di Malaysia, pengembangan ini membuka peluang besar untuk mengembangkan aplikasi mereka ke peringkat global, selari dengan misi World untuk memperluaskan akses dan membolehkan interaksi digital yang lebih bermakna.

Berkaitan

  • World ID Credential Kini Diaktifkan Di Malaysia
  • RHB Perkenal RHB PayLater, Ini Cara Mohon
  • Hapus Monopoli, Senarai Syarikat Baharu Pemeriksaan Kenderaan Motor Diumum Esok

Sumber: Siaran media World Network

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY