Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RHB PayLater featured image

RHB Perkenal RHB PayLater, Ini Cara Mohon

Diterbitkan Februari 6, 2025 ยท Dikemas kini Februari 6, 2025 oleh Amalina Athman

RHB Banking Group (RHB) kini memperkenalkan RHB PayLater, penyelesaian ‘beli sekarang bayar kemudian’ (BNPL) pertama di Malaysia yang dipautkan terus pada kad debit.

RHB Perkenal RHB PayLater, Ini Cara Mohon

Dengan RHB PayLater, pemegang Kad Debit RHB boleh membahagikan pembayaran pembelian sehingga RM1,499 kepada ansuran mudah di kedai terpilih, tanpa syarat pendapatan atau keperluan penjamin serta dengan 0% faedah.

Untuk memohon, teruskan bacaan selanjutnya di bawah.

Cara mohon RHB PayLater

Pelanggan RHB Bank boleh memohon RHB PayLater di mana-mana cawangan RHB. Pengesahan akan dihantar melalui SMS setelah permohonan diluluskan.

Bagi bukan pelanggan RHB, pengguna terlebih dahulu perlu membuka akaun Simpanan/Semasa RHB secara dalam talian. Muat turun aplikasi RHB Mobile Banking boleh dilakukan melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Setelah itu, lakukan langkah yang sama seperti pelanggan RHB sedia ada – pergi ke mana-mana cawangan RHB untuk mengaktifkan RHB PayLater dan dapatkan pengesahan kelulusan melalui SMS.

Pembelian dengan RHB PayLater

Setelah permohonan diluluskan, pengguna boleh membuat pembelian dengan Kad Debit RHB di mana-mana kedai terpilih yang memaparkan tanda RHB PayLater atau rujuk halaman INI.

RHB Perkenal RHB PayLater, Ini Cara Mohon

Bermula 4 Februari hingga 30 April 2025, pemegang Kad Debit RHB juga boleh menikmati pulangan tunai RM25 untuk pembelian menggunakan RHB PayLater dengan perbelanjaan minimum RM500, tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi mengetahui lain-lain butiran, layari laman web RHB.

Berkaitan

  • Apple Pay Kini Sokong Kad RHB Bank, Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet
  • Google Pay Kini Sokong Kad RHB, Ini Cara Tambah Ke Peranti
  • RHB Bank Dan PayNet Lancar Dynamic DuitNow QR Soundbox Dengan Ciri Pad Kekunci
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Sumber: RHB (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY