Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
World ID Credential_Meta Image (1)

World ID Credential Kini Diaktifkan Di Malaysia

Diterbitkan November 29, 2024 oleh Rushsyafizal

Malaysia kini menjadi salah satu negara terawal memperkenalkan World ID Credential, sebuah sistem pengenalan digital yang selamat dan privasi. Pada awalnya ia dilancarkan untuk pengguna iOS dengan rancangan sokongan untuk Android pada masa akan datang, World ID Credential membolehkan pengguna menghubungkan dokumen pengenalan sah seperti pasport secara selamat kepada ID mereka.

Fungsi ini memanfaatkan teknologi Zero-Knowledge Proof (ZKP), yang memastikan maklumat peribadi disimpan hanya pada peranti pengguna, tanpa boleh diakses oleh pihak ketiga termasuk World Foundation atau Tools For Humanity (TFH).

Selain itu, pengguna World ID dapat membuktikan identiti mereka sebagai manusia secara anonim tanpa perlu mengunjungi Orb, menjadikan proses ini lebih mudah untuk mereka yang tinggal jauh dari lokasi fizikal Orb.

world orb
World ID Orb

Melalui sistem ini, pengguna Malaysia boleh menikmati pengalaman lebih selamat di ruang digital, melindungi diri daripada ancaman seperti penipuan deepfake dan kecurian identiti. Data terkini mendedahkan bahawa 454 kes penipuan yang mengakibatkan kerugian sekitar RM2.2 juta telah dilaporkan sejak awal tahun.

Manfaat World ID Credential untuk Pengguna:

  • Privasi Terjaga: Tiada data peribadi dihantar ke pelayan luar.
  • Pengesahan Mudah: Hanya perlukan dokumen pengenalan seperti pasport.
  • Akses Ganjaran WLD: Setiap pengesahan layak menerima 26 WLD, dengan ganjaran tambahan untuk pengguna yang melengkapkan verifikasi Orb.

World ID Credential kini boleh dimuat turun melalui aplikasi World App di iOS dan Android.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • TikTok Ambil Langkah Tegas, Larang Penuras Kecantikan Untuk Pengguna Bawah 18 Tahun
  • YTL Paling Corot, Gagal Siapkan 51 Menara Fasa 1 JENDELA - Fahmi
  • Australia Luluskan Larangan Media Sosial Untuk Remaja Bawah 16 Tahun
  • Pelanggan Astro Boleh Tonton Filem Astro First Secara Percuma

Sumber: Siaran media World

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY