Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kredit puspakom_

Hapus Monopoli, Senarai Syarikat Baharu Pemeriksaan Kenderaan Motor Diumum Esok

Diterbitkan Februari 6, 2025 · Dikemas kini Februari 6, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang diberikan kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) pada esok, 7 Februari 2025.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkembangan terkini ini susulan keputusan kerajaan yang memutuskan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tidak lagi menjadi badan tunggal yang menawarkan perkhidmatan tersebut sejak tahun lepas.

Kita mengharapkan apabila kita membuka pasaran ini, adanya persaingan dari segi perkhidmatan, ia akan meningkatkan mutu pemeriksaan kenderaan supaya kita sama-sama pastikan integriti pemeriksaan kenderaan ini akan dapat ditingkatkan.

Terdahulu, Loke berkata proses penilaian terhadap permohonan yang dikemukakan telah selesai melibatkan semakan pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan, termasuk keupayaan kewangan serta melaksanakan fungsi pemeriksaan kenderaan motor bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata ketika ini, Puspakom tidak lagi memiliki konsesi. Sebaliknya, hanya lesen untuk beroperasi bagi menjalankan pemeriksaan kenderaan motor.

Berkaitan

  • Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Tidak Lagi Eksklusif Kepada PUSPAKOM - Anthony Loke
  • Pemilik Perlu Peka Pengumuman Panggilan Semula Kenderaan Untuk Pemeriksaan - Loke
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Pembangunan Tayar Kenderaan Kini Menggunakan Mesin Simulator

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Puspakom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY