Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wise duitnow QR

Wise Kini Sokong DuitNow QR Di Malaysia

Diterbitkan Julai 30, 2026 ยท Dikemas kini Julai 30, 2026 oleh Amalina Athman

Pengguna Wise di Malaysia kini boleh mengimbas dan membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR terus daripada aplikasi Wise susulan integrasi syarikat itu dengan Payments Network Malaysia (PayNet).

Dengan integrasi tersebut, Malaysia menjadi pasaran kesembilan di dunia dan kelima di rantau Asia Pasifik yang memberikan Wise akses terus kepada sistem pembayaran domestik.

Wise memaklumkan pelancarannya dibuat secara berperingkat dan sokongan kepada semua kod DuitNow QR di seluruh negara akan diperluaskan dalam beberapa minggu akan datang.

Selain pembayaran melalui DuitNow QR, Wise turut menyokong DuitNow Transfer bagi pemindahan Ringgit Malaysia (MYR). Pengguna boleh memindahkan wang secara serta-merta dengan hanya menggunakan nombor telefon atau nombor kad pengenalan (NRIC) penerima, tanpa perlu memasukkan nombor akaun bank.

Nama penerima pula akan dipaparkan secara automatik untuk pengesahan sebelum transaksi disahkan, sekali gus membantu mengelakkan wang dihantar kepada penerima yang salah.

Menurut Wise, sambungan terus kepada sistem pembayaran tempatan membolehkan syarikat itu mengurangkan kebergantungan kepada perantara, serta membantu mempercepatkan pemprosesan transaksi dan mengurangkan kos. Secara global, syarikat itu berkata 77% daripada semua transaksi di platformnya kini berjaya diproses dalam tempoh kurang 20 saat.

Selain pengguna, integrasi ini turut memberi manfaat kepada bank dan institusi kewangan yang menggunakan Wise Platform. Melalui Wise API, rakan kongsi boleh mengesahkan nama penerima secara masa nyata sebelum pemindahan MYR dilakukan bagi memastikan nama penerima sepadan dengan akaun sebelum wang dipindahkan.

Berkaitan

  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Cara Bayar Guna Kod QR Di Aplikasi Wise Dan Senarai Negara Yang Disokong
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
  • Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027
  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
  • Jenama Telefon Terkini Dengan Android Asli
  • YTL Nafi Dakwaan Pusat Data Bantu Pemindahan GPU Nvidia Kepada Pelanggan China
©2026 WISER.MY