Kad prabayar Wise sangat terkenal dalam kalangan mereka yang sering melancong ke luar negara kerana kadar tukaran matawang dan caj yang murah.
Tapi, anda juga perlu tahu yang aplikasi Wise juga menyokong pembayaran melalui kod QR.

Cara bayar dengan kod QR melalui aplikasi Wise
Langkahnya sama saja dengan mana-mana aplikasi perbankan lain seperti MAE, CIMB Octo, RHB Online Banking, HLB Connect, AEON Bank dan lain-lain.
- Buka aplikasi Wise dan tekan Scan
Selain itu, anda juga boleh pergi ke tab Kad, pilih kad yang mana anda mahu dan tekan simbol kod QR.
Anda juga boleh pilih untuk imbas kod QR daripada gambar yang sudah ada dalam galeri telefon.
Senarai kod QR seluruh dunia yang disokong Wise
- Brazil: Pix QR (Terhad kepada pemilik akaun beralamat di Brazil dengan baki mata wang BRL).
-
China: Alipay & WeChat Pay (Tiada sokongan imbasan terus melalui aplikasi Wise. Pengguna perlu pautkan kad Wise ke dalam akaun Alipay atau WeChat Pay pihak ketiga).
-
Filipina:
-
QR Ph (Semua pengguna Wise).
-
GCash QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).
-
-
Hong Kong: Alipay HK QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).
-
Hungary: Qvik QR (Semua pengguna Wise dengan baki mata wang HUF).
-
Kemboja: KHQR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).
-
Korea Selatan: KakaoPay QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).
-
Malaysia: DuitNow QR / Alipay+ (Pelancong dari Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja. Tidak sah untuk pemilik akaun Wise berdaftar di Malaysia).
-
Nepal: NepalPay QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).
-
Singapura:
-
PayNow QR (Semua pengguna Wise. Bagi akaun luar Singapura, terhad kepada akaun perniagaan/B2B dengan had SGD 1,000 per transaksi dan SGD 20,000 per tahun kalendar).
-
NETS QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).
-
-
Sri Lanka: Lanka QR / Alipay+ (Pelancong dari Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand dan Brazil sahaja).
-
Switzerland: Swiss QR-Bill (Semua pengguna Wise menetap di Switzerland atau pengguna dengan baki mata wang CHF).
Kalau untuk pemindahan wang secara individu dan kedua-dua pihak menggunakan akaun Wise, maka anda hanya perlu Wisetag iaitu kod QR yang dihasilkan Wise sendiri khas untuk diimbas sesama pengguna individu Wise.

Kalau negara tak tersenarai?
Anda boleh semak kaunter peniaga terlebih dahulu kerana jika kod QR tempatan mereka memaparkan logo Alipay+ kerana aplikasi Wise tetap boleh mengimbasnya untuk membuat pembayaran. Namun, ciri ini hanya tersedia untuk akaun Wise yang berdaftar di Malaysia, Singapura, UK, Eropah, Australia, New Zealand atau Brazil.

Anda masih boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kad fizikal atau digital Wise di mana-mana premis yang menyokong rangkaian Visa atau Mastercard, sama seperti ada guna kad debit/kredit yang lain.
Jangan lupa, pengeluaran wang tunai di ATM masih boleh dilakukan menggunakan kad fizikal atau digital Wise di mana-mana mesin ATM yang menerima rangkaian Visa atau Mastercard.
{suggest}




