Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11 Rupanya Ada Ciri Pengurusan Storan Automatik, Ini Cara Aktifkannya

Windows 11 Rupanya Ada Ciri Pengurusan Storan Automatik, Ini Cara Aktifkannya

Diterbitkan Mei 5, 2026 oleh ariff bukhari

Walaupun sudah bertahun anda menggunakan sistem operasi Windows 11 di PC anda, tapi mungkin masih ramai yang belum sedar bahwa di dalam Windows 11 terdapat ciri pengurusan storan automatik.

Kelebihan ciri ini adalah ia mengosongkan ruang storan secara automatik untuk anda dengan menyingkirkan item yang anda tidak perlukan, seperti fail sementara dan item dalam Recycle Bin.

Ciri yang dikenali sebagai Storage Sense ini sepatutnya aktif secara lalai (default) di dalam tetapan Windows 11.

Ia akan berfungsi dengan sendiri apabila ruang cakera PC anda berada pada tahap rendah di mana ia akan membersihkan fail sementara yang tidak diperlukan.

Kandungan yang ada di dalam Recycle Bin pula akan dipadamkan secara lalai selepas beberapa ketika, tetapi item dalam folder Downloads dan OneDrive (atau mana-mana pembekal awan lain) tidak akan disentuh melainkan anda menetapkan Storage Sense untuk berbuat demikian.

Dengan kata lain, Storage Sense hanya berfungsi pada pemacu sistem utama anda sahaja, yang mengandungi sistem pengendalian Windows dan biasanya dirujuk sebagai C:.

Windows 11 Rupanya Ada Ciri Pengurusan Storan Automatik, Ini Cara Aktifkannya

Jadi, berikut adalah cara mengaktifkan ciri Storage Sense pada PC Windows 11 anda:

  • Pergi ke Start > Settings > System > Storage
  • Tetapkan Storage Sense kepada On.
Screenshot 2026-05-05 164543
Tahukah anda bahawa Storage Sense tidak boleh berjalan melainkan anda telah log masuk dan berada dalam talian selama lebih daripada 10 minit.

Di bahagian ini, anda bolehlah menetapkan perkara tertentu untuk tujuan automasi yang membolehkan Storage Sense membersihkan ruang storan anda seperti kadar kekerapan yang anda mahu Storage Sense dijalankan semasa anda dalam talian dan log masuk.

Screenshot 2026-05-05 164729
Atau anda juga boleh klik pada butang Run Storage Sense now.

Ringkasnya, ciri ini mengosongkan storan secara automatik dengan membuang fail tidak diperlukan seperti fail sementara dan item dalam Recycle Bin.

Ini memberikan anda penjimatan masa dan mudah menguruskan ruang storan.

Sekian, selamat mencuba.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Cara Mudah Kesan Punca PC Windows Anda Jadi Perlahan
  • Matikan Fungsi Windows 11 Ini Untuk Internet Lebih Stabil Dan Jimat Ruang Storan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY