Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone 17, AFP

Wi-Fi iPhone 17 Didapati Lebih Laju Berbanding Kebanyakan Peranti Android

Diterbitkan Disember 22, 2025 · Dikemas kini Disember 22, 2025 oleh ariff bukhari

Apple memperkenalkan cip rangkaian tersuai pertamanya, N1, melalui keluarga iPhone 17.

Ia merupakan strategi baharu Apple untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar seperti Broadcom, sekali gus memastikan integrasi lebih rapat antara perkakasan dan perisian.

Walaupun N1 hanya menyokong saluran 160 MHz berbanding 320 MHz pada cip Android terkini, prestasi sebenar menunjukkan peningkatan ketara dalam penggunaan sebenar.

Menurut data Speedtest Intelligence, iPhone 17 mencatat kelajuan muat turun median tertinggi 416.14 Mbps, hampir 40% lebih pantas berbanding iPhone 16.

Malah, kelajuan muat naik menerusi iPhone 17 turut melonjak di Asia.

Wi-Fi iPhone 17 Didapati Lebih Laju Berbanding Kebanyakan Peranti Android
Wi-Fi iPhone 17 Didapati Lebih Laju Berbanding Kebanyakan Peranti Android

Lebih menarik, N1 meningkatkan prestasi dalam keadaan Wi-Fi yang mencabar seperti Singapura (613.8 Mbps) dan Perancis (601.46 Mbps) merekodkan kelajuan tertinggi.

Wi-Fi iPhone 17 Didapati Lebih Laju Berbanding Kebanyakan Peranti Android
N1 memberikan pengalaman yang lebih konsisten merentas pelbagai persekitaran, terutamanya meningkatkan prestasi di bawah keadaan Wi-Fi yang mencabar.

Walaupun secara keseluruhan prestasi Wi-Fi Google Pixel 10 Pro mendahului kelajuan muat turun global dengan sedikit sahaja perbezaan dari iPhone 17, tapi siri iPhone 17 mengatasi peranti Android yang lain dengan jurang yang agak besar.

Wi-Fi iPhone 17 Didapati Lebih Laju Berbanding Kebanyakan Peranti Android

Kesimpulannya, N1 bukan sekadar cip baharu, tetapi usaha Apple membangunkan cip mereka sendiri untuk sambungan Wi-Fi bakal menyaingi cip yang bakal digunakan dalam peranti Android masa depan dengan memberikan pengalaman Wi-Fi lebih konsisten dan stabil kepada pengguna.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?
  • Siri realme C85 Tiba Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM749

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY