Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengguna 5G Malaysia_

Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?

Diterbitkan Disember 18, 2025 ยท Dikemas kini Disember 21, 2025 oleh ariff bukhari

Malaysia pernah menjadi antara negara dengan kelajuan 5G terpantas di dunia, namun prestasi kini menurun.

Berdasarkan laporan oleh Ookla, median muat turun 5G Malaysia jatuh daripada 451.79 Mbps pada akhir 2023 kepada 242.92 Mbps sahaja menjelang suku ketiga 2025.

5g-performance-trend-acr (1)
Prestasi kelajuan muat naik Malaysia.
Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?
Prestasi kelajuan muat turun Malaysia.

Menjelaskan keadaan itu, Ookla berkata,

“Penurunan kelajuan yang berlaku mencadangkan kematangan rangkaian, apabila fokus beralih daripada pelaksanaan berkelajuan tinggi di kawasan bandar kepada liputan geografi yang lebih luas. Pengembangan ini membawa kepada peningkatan penggunaan dan penerimaan pengguna, yang meletakkan permintaan lebih tinggi ke atas kapasiti rangkaian.”

Selain itu, dengan menyalurkan semua trafik radio 5G pengendali melalui satu penyedia, rangkaian terdedah kepada pengurangan kelajuan apabila permintaan meningkat dengan cepat di seluruh infrastruktur.

Ookla dalam laporan mereka turut mendedahkan, walaupun 79.5% peranti di Malaysia kini menyokong 5G, majoriti masa sambungan masih bergantung pada rangkaian 4G kerana liputan dalaman dan luar bandar yang tidak menyeluruh.

Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?

Malaysia kini mengorak langkah ke arah model Dual Network (DN) untuk meningkatkan persaingan.

Pendekatan ini bertujuan untuk mempercepat liputan dan mengoptimumkan pelaburan infrastruktur rangkaian negara.

Seperti semua sedia tahu, U Mobile telah dipilih sebagai penyedia kedua pada November 2024 dan mula melancarkan rangkaian Standalone Access (SA) pada Mac 2025.

Sasaran liputan ialah 80% kawasan berpenduduk dalam tahun pertama dan 95% menjelang tahun ketiga.

Walau bagaimanapun, ujian terkawal Ookla menunjukkan U Mobile masih banyak bergantung pada spektrum DNB.

“Data daripada SIM U Mobile menunjukkan mereka menggunakan jalur frekuensi DNB untuk gabungan 83.2% daripada sampel ujian. Sebaliknya, kad SIM U Mobile hanya beroperasi di rangkaian sendiri untuk 16.8% sahaja daripada sampel ujian, walaupun U Mobile secara aktif melaksanakan infrastruktur ini.”

Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?

Apa yang dapat disimpulkan adalah, apabila penerimaan pengguna terhadap 5G meningkat, permintaan terhadap aplikasi berkapasiti tinggi seperti penstriman dan peranti IoT juga meningkat, mendorong keperluan untuk lebih banyak jalur spektrum yang diperuntukkan bagi mengekalkan dan memperbaiki prestasi, kelajuan, dan kebolehpercayaan rangkaian.

Proses peralihan telekomunikasi Malaysia kepada model rangkaian berganda masih berjalan.

Jadi, apa yang diharapkan adalah trend penurunan prestasi rangkaian ini akan terhenti sebaik peralihan ini disempurnakan dengan harapan ia akan memupuk persaingan yang membawa kepada pengalaman 5G yang lebih kukuh dan berprestasi tinggi bagi pengguna di seluruh Malaysia.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Inilah Cara Betul Untuk Panjangkan Hayat Bateri Laptop Anda
  • L4S, Cara Baru Pengendali Kekalkan Rangkaian Lancar Walau Di Waktu Puncak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
©2026 WISER.MY