Dalam era maklumat pantas, cabaran terbesar dalam kesihatan seksual dan reproduktif (SRHR) ialah memastikan fakta yang tepat dapat diakses segera.
Sebagai usaha menagani info palsu berkaitan SRHR ini, WHO bersama HRP (Program Khas Penyelidikan, Pembangunan dan Latihan Penyelidikan dalam Pembiakan Manusia dianggotai UNDP/UNFPA/UNICEF/WHO/Bank Dunia) melancarkan ChatHRP, inisiatif AI baharu yang direka untuk menjawab soalan kritikal dengan pantas, tepat dan berasaskan bukti.
Menggunakan teknologi pemprosesan bahasa semula jadi dan retrieval-augmented generation, ChatHRP mampu memberikan jawapan rujukan dalam pelbagai bahasa, termasuk di kawasan rangkaian internet lemah.
Sumber maklumatnya eksklusif daripada kajian dan garis panduan WHO serta HRP, menjadikan ia rujukan sahih untuk pembuat dasar, penyelidik, doktor dan masyarakat sivil.
ChatHRP bukan sekadar menjawab soalan klinikal seperti penggunaan kontraseptif bersama PrEP atau pengurusan diabetes semasa hamil, tetapi juga berperanan membanteras maklumat palsu yang sering menjejaskan sistem kesihatan, undang-undang dan polisi.
Untuk menggambarkan bagaimana ia boleh digunakan, ChatHRP menjawab soalan praktikal dan berkaitan pakar seperti:
- “Apakah data keganasan terhadap wanita terkini di Oceania untuk wanita berumur antara 15-49 tahun?”
- “Apakah cadangan untuk menguruskan diabetes semasa mengandung?”
- “Bolehkah anda memberi saya beberapa perkara yang boleh diperkatakan tentang pencegahan PPH?”
- “Bolehkah PrEP dan kontrasepsi digunakan pada masa yang sama?”
- “Bolehkah saya menggunakan IUD semasa saya menyusukan bayi?”

ChatHRP masih dalam fasa beta dan lebih memfokuskan untuk pengguna profesional.
Jadi, jika ChatHRP tidak dapat menjawab maklumat pada masa itu, anda digalakkan memberi maklum balas untuk memperkukuh keberkesanan sistem tersebut.
Dengan sokongan dana Hal Ehwal Global Kanada, ChatHRP menjadi simbol komitmen global dalam memastikan akses maklumat SRHR yang selamat, tepat dan inklusif.
Anda boleh mencuba sendiri dengan mengaksesnya di laman ChatHRP.
{suggest}
