Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
online gaming

Laporan WHO Dedah 12% Remaja Berisiko Ketagihan Permainan Digital

Diterbitkan November 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) menyeru industri permainan digital agar memainkan peranan lebih aktif dalam memastikan persekitaran dalam talian yang selamat untuk kanak-kanak dan pengguna muda.

Seruan itu dibuat susulan perbincangan awam dan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak dalam permainan popular seperti Roblox dan PUBG.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 34% remaja bermain permainan digital setiap hari, dan 22% bermain sekurang-kurangnya empat jam pada hari dibenarkan bermain.

Walaupun sebahagian besar dilabel sebagai pemain tanpa masalah, 12% remaja tergolong dalam kumpulan berisiko ketagihan permainan, dicirikan oleh kawalan diri yang lemah, keutamaan terhadap permainan berbanding aktiviti harian lain, serta kecenderungan meneruskan bermain walaupun menyedari kesan negatif.

Presiden Malaysia Digital Association dan ahli majlis CMCF, Nicholas Sagau, berkata industri permainan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi pemain muda melalui reka bentuk yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Beliau turut menekankan keperluan pendidikan kepada ibu bapa bagi melindungi anak-anak dalam ruang digital yang semakin luas.

CMCF kini mengajak syarikat permainan tempatan dan antarabangsa untuk menyertai rangka kerja kawal selia kendiri bagi membangunkan piawaian industri yang mengimbangkan inovasi dengan tanggungjawab.

Ketua Pegawai Eksekutif CMCF, Mediha Mahmood, berkata langkah ini penting bagi memastikan ruang permainan digital kekal menyeronokkan, kreatif dan selamat untuk semua golongan usia.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Permudah Urusan Dalam Satu Aplikasi, Ini Yang Ada Dalam 'NINE Super App' Selangor
  • Undang-Undang Boleh Digubal, Tapi Ibu Bapa Masih Baris Pertahanan Pertama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY