Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cuaca panas

El Niño Diramal Kembali, Bakal Ubah Suhu Dan Corak Hujan Di Seluruh Dunia

Diterbitkan April 27, 2026 · Dikemas kini April 27, 2026 oleh ariff bukhari

Fenomena El Niño dijangka muncul antara Mei hingga Julai 2026, dengan tanda-tanda pemanasan suhu laut di Pasifik Khatulistiwa semakin jelas.

Menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO), keadaan ini berpotensi menjadi lebih kuat menjelang hujung tahun ini dengan menyatakan bahawa gesan global El Niño amat besar di mana hampir semua kawasan daratan dijangka mengalami suhu lebih tinggi daripada biasa, terutama di Amerika Utara Selatan, Amerika Tengah, Caribbean, Eropah dan Afrika Utara.

Dari segi hujan pula, El Niño biasanya membawa curahan hujan lebat di Amerika Selatan bahagian selatan, Amerika Syarikat selatan, Tanduk Afrika dan Asia Tengah.

Sebaliknya, di Australia, Indonesia dan sebahagian Asia Selatan pula ia akan sering menyebabkan kemarau.

El Niño Diramal Kembali, Bakal Ubah Suhu Dan Corak Hujan Di Seluruh Dunia
Rajah menunjukkan ramalan kebarangkalian hujan untuk musim Mei-Julai 2026. Peristiwa El Niño dijangka berlaku mulai pertengahan 2026, yang akan memberi kesan kepada suhu dan corak hujan global, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO).
El Niño Diramal Kembali, Bakal Ubah Suhu Dan Corak Hujan Di Seluruh Dunia
Rajah menunjukkan ramalan kebarangkalian suhu udara permukaan untuk musim Mei-Julai 2026. Peristiwa El Niño dijangka berlaku mulai pertengahan 2026, yang akan memberi kesan kepada suhu dan corak hujan global, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO).

WMO juga menjangkakan fenomena ini akan turut mempengaruhi aktiviti taufan dengan peningkatan ribut di Pasifik tetapi mengurangkan nya di Atlantik.

Walaupun perubahan iklim tidak menambah kekerapan El Niño, ia memperkuat kesannya dengan menyediakan lebih banyak tenaga dan kelembapan untuk cuaca ekstrem.

Sehubungan itu, WMO menekankan kepentingan ramalan bermusim untuk sektor pertanian, pengurusan air, tenaga dan kesihatan.

WMO berkata, panduan terkini akan dikeluarkan pada April dan Mei bagi membantu kerajaan, agensi kemanusiaan dan petani bersiap menghadapi cabaran ini.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Kajian: Ladang Solar Di Gurun Boleh Cetus Awan Hujan
  • Sistem Arus Lautan Bantu Kawal Iklim Semakin Lemah, Bumi Sedang Memanas Dengan Cepat - Kajian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY