Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp tangguh polisi baru

WhatsApp Umum Penangguhan Polisi Privasi Baharu Sehingga Mei 2021

Diterbitkan Januari 16, 2021 ยท Dikemas kini Januari 16, 2021 oleh Amalina Athman

Pada minggu lalu, WhatsApp telah mengemaskini polisi privasi baharu untuk aplikasi mereka yang akan dilaksanakan secara efektif bermula 8 Februari 2021. Bagaimanapun, ia menerima respon yang negatif daripada pengguna secara global.

Tidak hanya itu, lebih banyak pengguna dilihat mula beralih kepada aplikasi permesejan lain termasuk Telegram dan Signal yang dikatakan lebih menjaga privasi pengguna.

Terbaru, WhatsApp kini mengumumkan penangguhan polisi privasi baharu berikutan kekeliruan mengenainya. Pelaksanaan polisi privasi baharu akan ditangguhkan sehingga 15 Mei 2021. Kini, pengguna diberi tempoh tiga bulan tambahan untuk melihat kembali polisi tersebut sebelum menerima.

WhatsApp turut menyatakan tiada mana-mana akaun yang akan digantung atau dipadam selepas tarikh pelaksanaan yang dinyatakan sebelum ini.

Di sisi yang lain, WhatsApp berulang kali telah menjelaskan kepada pengguna bahawa perkongsian data hanya melibatkan akaun perniagaan sahaja.

Sumber: WhatsApp via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
©2026 WISER.MY