Menerusi polisi baharu itu, WhatsApp telah meminta izin untuk berkongsi data pengguna kepada Facebook. Lebih buruk, jika tidak bersetuju dengan data yang diperoleh oleh WhatsApp akan dikongsi oleh Facebook, hanya satu cara yang boleh dilakukan iaitu berhenti menggunakan WhatsApp sepenuhnya.
Polisi baharu ini akan dilaksanakan secara efektif bermula 8 Februari 2021. Ini bermakna, selepas tarikh tersebut, pengguna perlu bersetuju jika ingin menggunakan aplikasi itu.
Terbaru, Elon Musk yang kini merupakan individu terkaya di dunia dan juga pengasas Tesla telah menyarankan untuk menggunakan aplikasi permesejan Signal.
https://twitter.com/elonmusk/status/1347165127036977153
Walaupun Musk tidak menyebut Facebook atau WhatsApp secara spesifik, ia memberikan gambaran beliau mengesyorkan pengguna untuk beralih kepada Signal susulan daripada kemas kini polisi baharu WhatsApp.
Semalam, aplikasi permesejan Signal telah mengalami kelewatan pengesahan akaun yang baru didaftarkan.
https://twitter.com/signalapp/status/1347258641892614144
Ia berikutan muat turun besar-besaran yang dilakukan oleh ramai pengguna secara global. Bagaimanapun, aplikasi Signal kini kembali beroperasi seperti biasa.
Bagi anda yang ingin mengikuti saranan Musk, muat turun aplikasi Signal boleh dilakukan melalui Play Store atau App Store. Menerusi aplikasi ini, anda juga boleh membuat panggilan audio dan video.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- CIMB WhatsApp Dilancarkan, Cara Baru Komunikasi Dan Terima Mesej
- Meta Rancang Tambah Lebih Banyak Ciri Berbayar Di Facebook, WhatsApp Dan Instagram
- WhatsApp Pendekkan Tempoh "Delete For Everyone", Kini Hanya Sekitar 1 Jam
- WhatsApp Bakal Perkenal Fungsi "Delete Messages" - Padam Mesej Pada Waktu Yang Ditetapkan
- Jualan Kad TNG Melalui WhatsApp Dan Telegram Bukan Daripada Saluran Sah - Touch ‘n Go
- WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Pengguna Secara Global
- WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Termasuk Mod Gelap Versi Web Dan Pelekat Animasi
- Pengguna Disaran Tangguh Kemas Kini WhatsApp Versi Ini
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Pilihan Mengubah Kelajuan Mesej Suara Yang Dimainkan
- Satu Lagi Ciri Baharu Akan Diperkenal Untuk iOS, Mudahkan Panggilan Video Di WhatsApp